{"id":6452,"date":"2026-01-04T11:09:55","date_gmt":"2026-01-04T11:09:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6452"},"modified":"2026-01-04T11:09:55","modified_gmt":"2026-01-04T11:09:55","slug":"anwar-kecam-tindakan-serangan-as-terhadap-venezuela","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-kecam-tindakan-serangan-as-terhadap-venezuela\/","title":{"rendered":"Anwar kecam tindakan serangan AS terhadap Venezuela"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro bersama isterinya dalam satu operasi ketenteraan, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan kedaulatan negara.<\/p>\n<p>Anwar berkata operasi itu, yang disifatkan luar biasa dari segi skop dan sifatnya, merupakan penggunaan kekerasan secara tidak sah terhadap sebuah negara berdaulat serta mencipta duluan berbahaya dalam hubungan antarabangsa.<\/p>\n<p>Menurut beliau, penyingkiran secara paksa seorang ketua kerajaan melalui campur tangan luar bukan sahaja mencabar norma global, malah menghakis prinsip asas ketertiban dunia.<\/p>\n<p>\u201cPresiden Maduro dan isterinya mesti dibebaskan tanpa sebarang kelewatan yang tidak wajar.<\/p>\n<p>\u201cWalau apa pun alasannya, campur tangan luar untuk menggulingkan kerajaan yang sedang memerintah melemahkan kerangka undang-undang antarabangsa dan sekatan terhadap penggunaan kuasa antara negara,\u201d katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.<\/p>\n<p>Semalam, AS dilaporkan melancarkan serangan ke atas Venezuela sebelum menahan Maduro dan isterinya, Cilia Flores, dan membawa mereka keluar dari negara itu.<\/p>\n<p>Untuk rekod, tindakan seumpama itu jarang berlaku di rantau Amerika Latin, dengan campur tangan langsung terakhir oleh AS direkodkan pada 1989 ketika pencerobohan ke atas Panama bagi menggulingkan Manuel Noriega.<\/p>\n<p>Media antarabangsa turut melaporkan bahawa Maduro dan isterinya telah didakwa di Mahkamah Daerah Selatan New York atas beberapa pertuduhan jenayah, termasuk berkaitan narkotik dan keganasan yang melibatkan perdagangan dadah haram.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar menegaskan rakyat Venezuela mempunyai hak mutlak untuk menentukan masa depan politik mereka sendiri tanpa tekanan atau campur tangan kuasa luar.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan sejarah membuktikan perubahan kepimpinan yang dicetuskan melalui kekerasan asing sering membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia kekal berpegang kepada prinsip menghormati undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sebagai asas hubungan aman antara negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah dialog, pembabitan konstruktif dan usaha meredakan ketegangan adalah jalan paling berkesan bagi melindungi orang awam serta membolehkan rakyat Venezuela mengejar aspirasi sah mereka tanpa menanggung penderitaan berpanjangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro bersama isterinya dalam satu operasi ketenteraan, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan kedaulatan negara. Anwar berkata operasi itu, yang disifatkan luar biasa dari segi skop dan sifatnya, merupakan penggunaan kekerasan secara tidak sah terhadap sebuah negara berdaulat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,530,95,2832,18,581,2831],"authors":[],"class_list":["post-6452","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-as","tag-culik","tag-nicolas-maduro","tag-pmx","tag-presiden","tag-venezuela"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6452","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6452"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6452\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6453,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6452\/revisions\/6453"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6452"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6452"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6452"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6452"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}