{"id":6467,"date":"2026-01-05T05:53:01","date_gmt":"2026-01-05T05:53:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6467"},"modified":"2026-01-05T05:53:01","modified_gmt":"2026-01-05T05:53:01","slug":"kem-tentera-disiasat-susulan-dakwaan-aktiviti-tidak-bermoral-mindef","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kem-tentera-disiasat-susulan-dakwaan-aktiviti-tidak-bermoral-mindef\/","title":{"rendered":"Kem Tentera disiasat susulan dakwaan aktiviti tidak bermoral: MINDEF"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarahkan menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah kem tentera yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi sekiranya ia didapati berasas.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu, siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cATM telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan dalaman segera bagi memastikan fakta sebenar dikenal pasti secara telus dan menyeluruh,\u201d kata MINDEF.<\/p>\n<p>MINDEF turut menegaskan dakwaan yang tular itu tidak mencerminkan budaya dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin tinggi, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.<\/p>\n<p>Katanya, ATM kekal sebagai institusi pertahanan yang menjunjung nilai integriti dan amanah dalam setiap aspek perkhidmatan.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat, selaras dengan peraturan, tatacara dan undang-undang sedia ada,\u201d menurut kenyataan itu lagi.<\/p>\n<p>Pada masa sama, orang ramai diminta agar tidak membuat spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi ATM dan MINDEF.<\/p>\n<p>Penyebaran maklumat tidak sahih, menurut kementerian, hanya akan menambah kekeliruan dan mencetuskan persepsi negatif terhadap institusi pertahanan negara.<\/p>\n<p>\u201cMINDEF dan ATM kekal komited untuk memastikan tahap disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan sentiasa berada pada standard tertinggi, dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej serta kredibiliti institusi pertahanan negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarahkan menjalankan siasatan dalaman segera susulan dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam sebuah kem tentera yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini. Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi sekiranya ia didapati berasas. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6468,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[694,2840,2837,2838,23,2839],"authors":[],"class_list":["post-6467","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-atm","tag-kem-tentera","tag-kementerian-pertahanan","tag-mindef","tag-siasatan","tag-tak-bermoral"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6467","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6467"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6467\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6469,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6467\/revisions\/6469"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6467"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6467"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}