{"id":6470,"date":"2026-01-05T05:59:58","date_gmt":"2026-01-05T05:59:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6470"},"modified":"2026-01-05T06:00:28","modified_gmt":"2026-01-05T06:00:28","slug":"ruu-had-penggal-pm-pemisahan-kuasa-ag-dan-pendakwa-raya-akan-dibentang-tahun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ruu-had-penggal-pm-pemisahan-kuasa-ag-dan-pendakwa-raya-akan-dibentang-tahun-ini\/","title":{"rendered":"RUU had penggal PM, pemisahan kuasa AG dan pendakwa raya akan dibentang tahun ini"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan merancang membentangkan beberapa rang undang-undang penting di Parlimen tahun ini, termasuk pemisahan peranan peguam negara (AG) dan pendakwa raya serta had tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata rang undang-undang bagi memisahkan kuasa pendakwa raya dan peguam negara akan menjadi yang terawal dibentangkan dalam sesi Parlimen bulan ini, manakala cadangan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri akan menyusul pada masa terdekat.<\/p>\n<p>\u201cRUU pertama akan dibentangkan tahun ini ialah pemisahan kuasa pendakwa raya dan peguam negara,\u201d katanya ketika pengumuman khas Tahun Baharu di Jabatan Perdana Menteri hari ini.<\/p>\n<p>Selain itu, dua lagi rang undang-undang yang dijangka dibentangkan dan diluluskan tahun ini ialah Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (FOIA) dan penubuhan Ombudsman Malaysia.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, Ombudsman merupakan sebuah institusi yang memberi ruang kepada rakyat untuk mengemukakan aduan dan menuntut pertanggungjawaban daripada semua pihak dalam pentadbiran.<\/p>\n<p>\u201cOmbudsman ialah institusi yang memberi ruang kepada rakyat membangkitkan apa saja permasalahan kerana tanpa kecuali, daripada perdana menteri hingga ke bawah, harus dipertanggungjawabkan dan boleh dipersoal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menyentuh FOIA, Anwar mengakui terdapat kebimbangan berkaitan keselamatan negara, namun memberi jaminan bahawa perkara itu akan ditangani melalui pengecualian tertentu.<\/p>\n<p>\u201cIsu keselamatan negara dan risikan memang perlu diberi pengecualian. Tetapi soal tender, kontrak dan projek, ini penting untuk mengelak penyalahgunaan kuasa,\u201d jelasnya sambil menambah FOIA akan dibentangkan untuk kelulusan Parlimen pada tahun ini.<\/p>\n<p>Langkah-langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan reformasi institusi, selari dengan janji yang dibuat kepada rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan merancang membentangkan beberapa rang undang-undang penting di Parlimen tahun ini, termasuk pemisahan peranan peguam negara (AG) dan pendakwa raya serta had tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata rang undang-undang bagi memisahkan kuasa pendakwa raya dan peguam negara akan menjadi yang terawal dibentangkan dalam sesi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":283,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1373,13,2841,2842,1647,18,310],"authors":[],"class_list":["post-6470","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ag","tag-anwar","tag-had-penggal-pm","tag-pendakwa","tag-pengasingan-kuasa","tag-pmx","tag-ruu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6470","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6470"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6470\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6471,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6470\/revisions\/6471"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6470"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6470"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6470"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6470"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}