{"id":6491,"date":"2026-01-06T03:08:59","date_gmt":"2026-01-06T03:08:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6491"},"modified":"2026-01-06T04:38:33","modified_gmt":"2026-01-06T04:38:33","slug":"pembentangan-di-konvensyen-pemuda-umno-bukan-dapatan-rasmi-ilham-centre","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pembentangan-di-konvensyen-pemuda-umno-bukan-dapatan-rasmi-ilham-centre\/","title":{"rendered":"Pembentangan di Konvensyen Pemuda UMNO bukan dapatan rasmi: Ilham Centre"},"content":{"rendered":"<p>Ilham Centre menafikan sebarang kaitan rasmi dengan pandangan dan dapatan kajian yang dibentangkan oleh salah seorang felonya pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung Sabtu lalu.<\/p>\n<p>Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, berkata pembentangan oleh pensyarah kanan sains politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis, adalah pandangan peribadi individu berkenaan dan tidak mewakili pendirian institusi itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, pembentangan tersebut juga tidak berasaskan dapatan rasmi atau analisis data yang dihasilkan oleh Ilham Centre.<\/p>\n<p>\u201cSegala maklumat, tafsiran dan kesimpulan yang dibentangkan adalah tanggungjawab sepenuhnya pembentang dan tidak boleh dianggap sebagai laporan, kajian atau kenyataan rasmi Ilham Centre,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Hisomuddin menegaskansebarang rujukan kepada dapatan rasmi Ilham Centre hanya boleh dibuat melalui saluran komunikasi yang sah dan diberi kuasa, termasuk laporan rasmi, kenyataan media atau pembentangan yang dimandatkan oleh pihak pengurusan.<\/p>\n<p>Katanya, ketelusan dan integriti data adalah prinsip utama yang sentiasa dijaga oleh institusi tersebut.<\/p>\n<p>Ilham Centre juga menyatakan komitmen untuk menghormati kebebasan bersuara serta kepelbagaian pandangan akademik yang dikemukakan dalam wacana awam.<\/p>\n<p>\u201cKami menghormati perbezaan pandangan dan perbincangan terbuka, selagi ia difahami sebagai pendapat individu, bukan suara institusi,\u201d jelas Hisomuddin.<\/p>\n<p>Penjelasan itu dibuat susulan pembentangan Mujibu di konvensyen berkenaan yang melibatkan tinjauan ke atas 1,800 responden.<\/p>\n<p>Tinjauan tersebut mendakwa hanya 15 peratus responden Melayu bersedia menerima kerjasama antara UMNO dan DAP, manakala 62 peratus menolaknya secara tegas.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said, turut mempertikaikan dapatan kaji selidik tersebut dengan mempersoalkan identiti dan kredibiliti responden yang digunakan bagi menyokong gesaan supaya UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Konvensyen Khas Pemuda UMNO itu turut menyaksikan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa kepimpinan tertinggi parti supaya menarik semula sokongan terhadap kerajaan sedia ada, menerima PAS sebagai sekutu baharu dan bersedia kembali menjadi pembangkang jika perlu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ilham Centre menafikan sebarang kaitan rasmi dengan pandangan dan dapatan kajian yang dibentangkan oleh salah seorang felonya pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung Sabtu lalu. Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, berkata pembentangan oleh pensyarah kanan sains politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis, adalah pandangan peribadi individu berkenaan dan tidak mewakili pendirian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5778,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,2625,2624,659,126,171,146],"authors":[],"class_list":["post-6491","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-hisommudin-bakar","tag-ilham-centre","tag-kajian","tag-pas","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6491","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6491"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6491\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6492,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6491\/revisions\/6492"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5778"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6491"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6491"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6491"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6491"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}