{"id":6494,"date":"2026-01-06T03:17:55","date_gmt":"2026-01-06T03:17:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6494"},"modified":"2026-01-06T03:17:55","modified_gmt":"2026-01-06T03:17:55","slug":"amk-melaka-mahu-berdialog-dengan-akmal-dakwa-banyak-fakta-tak-berasas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-melaka-mahu-berdialog-dengan-akmal-dakwa-banyak-fakta-tak-berasas\/","title":{"rendered":"AMK Melaka mahu berdialog dengan Akmal, dakwa banyak fakta tak berasas"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka mengajak Pemuda UMNO untuk mengadakan dialog terbuka susulan dakwaa beberapa kenyataan yang dibuat dalam satu konvensyen khas baru-baru ini tidak berasaskan fakta.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan AMK Melaka, Hakim Hafizudin berkata, konvensyen yang dikendalikan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh merangkap ADUN Merlimau itu didakwa sarat dengan dakwaan yang mengelirukan serta jauh tersasar daripada realiti sebenar.<\/p>\n<p>Menurutnya, banyak isu dibangkitkan dalam program tersebut, namun sebahagian besar kenyataan yang dilontarkan tidak disokong fakta kukuh.<\/p>\n<p>\u201cBanyak yang diperkatakan, tetapi malangnya banyak juga yang menyimpang daripada fakta sebenar,\u201d katanya dipetik laporan Sinar Harian.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Hakim secara terbuka mencabar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Melaka, Najmi Nordin, untuk bersemuka dalam satu dialog terbuka bagi membolehkan perbahasan dibuat secara matang dan berlandaskan fakta.<\/p>\n<p>\u201cKalau benar yakin dengan hujah dan naratif yang dibawa, beranilah tampil berdepan secara terbuka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mencadangkan agar platform media seperti Sinar Harian atau Malaysia Gazette menjadi penganjur dialog tersebut supaya perbincangan dapat berlangsung secara profesional, bertanggungjawab dan telus.<\/p>\n<p>Katanya, dialog terbuka lebih bermakna berbanding hanya menyampaikan ucapan berapi-api di hadapan penyokong sendiri.<\/p>\n<p>\u201cPolitik anak muda sepatutnya bersifat mendidik dan membuka minda, bukan menakut-nakutkan atau mengelirukan rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurut Hakim, anak muda di Melaka berhak mendengar pandangan daripada kedua-dua pihak sebelum membuat penilaian sendiri.<\/p>\n<p>Tambahnya lagi, dialog terbuka bukan satu ancaman, sebaliknya peluang untuk menunjukkan kematangan politik.<\/p>\n<p>\u201cJika benar berada di pihak yang betul, dialog terbuka tak perlu ditakuti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>AMK Melaka berharap cabaran tersebut disahut demi mewujudkan budaya politik yang lebih sihat, berfakta dan relevan dengan aspirasi generasi muda masa kini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka mengajak Pemuda UMNO untuk mengadakan dialog terbuka susulan dakwaa beberapa kenyataan yang dibuat dalam satu konvensyen khas baru-baru ini tidak berasaskan fakta. Ketua Penerangan AMK Melaka, Hakim Hafizudin berkata, konvensyen yang dikendalikan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh merangkap ADUN Merlimau itu didakwa sarat dengan dakwaan yang mengelirukan serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6495,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,164,2852,192,171,146],"authors":[],"class_list":["post-6494","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-amk","tag-hakim-hafizudin","tag-melaka","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6494","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6494"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6494\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6496,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6494\/revisions\/6496"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6495"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6494"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6494"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6494"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6494"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}