{"id":6504,"date":"2026-01-06T12:32:44","date_gmt":"2026-01-06T12:32:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6504"},"modified":"2026-01-06T12:32:44","modified_gmt":"2026-01-06T12:32:44","slug":"lebih-10000-peranti-komunikasi-dirampas-dalam-ops-optik-mcmc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lebih-10000-peranti-komunikasi-dirampas-dalam-ops-optik-mcmc\/","title":{"rendered":"Lebih 10,000 peranti komunikasi dirampas dalam Ops Optik: MCMC"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merampas sebanyak 10,112 peralatan komunikasi yang didapati tidak diperakui dan gagal memenuhi piawaian teknikal dalam satu operasi penguatkuasaan berskala besar di sekitar Klang dan Petaling Jaya.<\/p>\n<p>Operasi dikenali sebagai Ops Optik itu dijalankan hasil risikan terperinci serta kerjasama strategik bersama SIRIM dengan melibatkan seramai 69 pegawai terbabit dalam operasi yang mengambil masa hampir 19 jam, bermula tengah hari hingga awal pagi.<\/p>\n<p>Menurut MCMC, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM1 juta.<\/p>\n<p>\u201cSebanyak 10,112 peralatan disyaki tidak diperakui telah disita,\u201d kata MCMC dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Antara barangan yang dirampas termasuk kamera litar tertutup tanpa wayar (wireless CCTV) serta peralatan sokongan operasi premis seperti komputer, mesin cetak, telefon bimbit dan router WiFi.<\/p>\n<p>Siasatan turut mendapati aktiviti pemasaran dan penjualan peralatan terbabit dijalankan secara aktif melalui platform e-dagang dan media sosial, sekali gus meningkatkan risiko produk tidak patuh sampai ke tangan pengguna.<\/p>\n<p>Setakat ini, seramai 40 individu telah diambil keterangan awal, manakala sembilan Notis Kehadiran dikeluarkan kepada beberapa individu termasuk pengarah syarikat, pengurus operasi, pembantu gudang, hos siaran langsung dan pencipta kandungan bagi menghadiri sesi rakaman percakapan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya.<\/p>\n<p>MCMC memberi amaran penjualan dan penggunaan peralatan komunikasi tidak diperakui boleh membawa kesan serius. \u201cPeralatan ini bukan sahaja berisiko kepada keselamatan pengguna, malah boleh mengganggu rangkaian perkhidmatan, menurunkan kualiti perkhidmatan dan menjejaskan integriti pasaran tempatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kes ini disiasat mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n<p>MCMC menegaskan tindakan penguatkuasaan akan terus diperkukuh dari semasa ke semasa bagi membanteras penjualan peralatan komunikasi tidak diperakui dan memastikan kepentingan pengguna sentiasa dilindungi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merampas sebanyak 10,112 peralatan komunikasi yang didapati tidak diperakui dan gagal memenuhi piawaian teknikal dalam satu operasi penguatkuasaan berskala besar di sekitar Klang dan Petaling Jaya. Operasi dikenali sebagai Ops Optik itu dijalankan hasil risikan terperinci serta kerjasama strategik bersama SIRIM dengan melibatkan seramai 69 pegawai terbabit dalam operasi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1066,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[16,2854,2409,2323,2856,2855],"authors":[],"class_list":["post-6504","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-mcmc","tag-ops-optik","tag-peranti","tag-rampas","tag-sirim","tag-tiada-lesen"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6504","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6504"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6504\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6505,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6504\/revisions\/6505"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1066"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6504"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6504"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6504"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6504"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}