{"id":6513,"date":"2026-01-06T15:01:44","date_gmt":"2026-01-06T15:01:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6513"},"modified":"2026-01-06T15:01:51","modified_gmt":"2026-01-06T15:01:51","slug":"had-tempoh-pm-dua-penggal-dijangka-lulus-dengan-sokongan-majoriti-guan-eng","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/had-tempoh-pm-dua-penggal-dijangka-lulus-dengan-sokongan-majoriti-guan-eng\/","title":{"rendered":"Had tempoh PM dua penggal dijangka lulus dengan sokongan majoriti: Guan Eng"},"content":{"rendered":"<p>Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh dijangka mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, termasuk daripada blok pembangkang.<\/p>\n<p>Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata keyakinan itu berdasarkan sokongan kukuh di Dewan Rakyat serta kesedaran rentas parti had tempoh jawatan penting untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan kini memiliki sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, malah sokongan pembangkang juga dilihat tidak mustahil.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah ada majoriti dua pertiga di Parlimen dan saya percaya pembangkang juga akan menyokong kerana langkah ini jelas membawa kebaikan kepada sistem demokrasi negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan membentangkan RUU tersebut sebagai sebahagian daripada agenda reformasi institusi, yang menjadi fokus utama persidangan Parlimen tahun ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan usaha itu adalah langkah penting untuk memperkukuh tadbir urus dan memastikan kuasa tidak tertumpu terlalu lama pada satu individu.<\/p>\n<p>Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menyifatkan langkah itu sebagai menepati janji manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15.<\/p>\n<p>Katanya, pelaksanaan reformasi seperti ini menunjukkan kerajaan berada di landasan betul untuk menunaikan komitmen kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cJanji kepada rakyat bukan sekadar slogan. Bila ia dilaksanakan satu demi satu, itu bukti kesungguhan. Saya menghargai usaha Perdana Menteri untuk menjayakannya,\u201d katanya sambil menambah reformasi lain juga dijangka menyusul secara berperingkat.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Guan Eng pernah mengemukakan beberapa cadangan kepada Perdana Menteri agar janji manifesto PH disegerakan, termasuk isu berkaitan reformasi institusi dan hak negeri Sabah serta Sarawak.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebagai wakil rakyat, amanah pengundi perlu dijunjung tanpa kompromi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal penuh dijangka mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, termasuk daripada blok pembangkang. Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata keyakinan itu berdasarkan sokongan kukuh di Dewan Rakyat serta kesedaran rentas parti had tempoh jawatan penting untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Menurutnya, kerajaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2331,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[63,2860,79,2861,197,1079],"authors":[],"class_list":["post-6513","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dap","tag-had-tempoh","tag-lim-guan-eng","tag-penasihat","tag-perdana-menteri","tag-pm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6513","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6513"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6513\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6514,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6513\/revisions\/6514"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2331"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6513"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6513"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6513"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6513"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}