{"id":6515,"date":"2026-01-07T04:44:09","date_gmt":"2026-01-07T04:44:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6515"},"modified":"2026-01-07T04:44:09","modified_gmt":"2026-01-07T04:44:09","slug":"akmal-beri-bayangan-undur-diri-selepas-gesaan-ditolak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-beri-bayangan-undur-diri-selepas-gesaan-ditolak\/","title":{"rendered":"Akmal beri bayangan undur diri selepas gesaan ditolak"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membayangkan kemungkinan untuk mengundur diri susulan penolakan kepimpinan parti terhadap gesaannya agar keluar daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menerusi satu hantaran di Facebook, Akmal meluahkan rasa kecewa sambil menegaskan telah berusaha sedaya upaya menyampaikan pandangan sayap pemuda.<\/p>\n<p>\u201cKita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik. Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penyokong yang terus mempertahankan perjuangan Pemuda UMNO.<\/p>\n<p>\u201cTerima kasih atas suara-suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini. Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, insya-Allah waktunya akan sampai jua,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu hadir selepas Pemuda UMNO mengadakan konvensyen khas pada Sabtu lalu, yang menyaksikan Akmal secara terbuka menggesa parti tersebut keluar daripada kerajaan dan mengambil posisi sebagai pembangkang bersama PAS.<\/p>\n<p>Difahamkan, pendirian itu turut dibawa ke mesyuarat biro politik UMNO pada malam Isnin.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan mesyuarat berkenaan tidak membuat sebarang keputusan berkaitan agenda Pemuda UMNO.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan UMNO dan Barisan Nasional akan kekal bersama kerajaan Madani sehingga tamat penggal.<\/p>\n<p>\u201cUMNO tidak seharusnya dipatuk ular yang sama buat kali kedua,\u201d katanya, merujuk kepada kerjasama lampau dengan PAS.<\/p>\n<p>UmNO dan PAS pernah bergabung di bawah Muafakat Nasional dari 2018 hingga 2020, namun kerjasama itu berakhir apabila PAS memilih menyertai Perikatan Nasional bersama Bersatu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membayangkan kemungkinan untuk mengundur diri susulan penolakan kepimpinan parti terhadap gesaannya agar keluar daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Menerusi satu hantaran di Facebook, Akmal meluahkan rasa kecewa sambil menegaskan telah berusaha sedaya upaya menyampaikan pandangan sayap pemuda. \u201cKita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,120,2348,63,126,1618,146],"authors":[],"class_list":["post-6515","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-akmal-saleh","tag-berundur","tag-dap","tag-pas","tag-perpaduan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6515","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6515"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6515\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6516,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6515\/revisions\/6516"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6515"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6515"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6515"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6515"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}