{"id":6517,"date":"2026-01-07T04:47:56","date_gmt":"2026-01-07T04:47:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6517"},"modified":"2026-01-07T04:47:56","modified_gmt":"2026-01-07T04:47:56","slug":"pemuda-dap-desak-akmal-lepas-jawatan-kerajaan-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-dap-desak-akmal-lepas-jawatan-kerajaan-melaka\/","title":{"rendered":"Pemuda DAP desak Akmal lepas jawatan kerajaan Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda DAP hari ini mencabar Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, supaya segera meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri Melaka sekiranya beliau benar-benar berpegang kepada prinsip untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan media, sayap pemuda itu berkata pendirian tegas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bahawa parti tersebut akan kekal bersama kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal, membuktikan gesaan \u201ckeluar kerajaan\u201d oleh Akmal hanyalah satu gimik politik.<\/p>\n<p>\u201cGimik keluar kerajaan yang dimainkan oleh Akmal kebelakangan ini terbukti sekadar bahan lawak politik yang memalukan diri sendiri,\u201d kata kenyataan itu.<\/p>\n<p>Menurut Pemuda DAP, jika Akmal benar-benar konsisten dengan pendiriannya, beliau boleh melepaskan jawatan exco tanpa berlengah.<\/p>\n<p>\u201cJika masih mahu kekal dengan jawatan sedia ada, maka beliau perlu menelan semula kenyataan terdahulu dan menghentikan retorik yang hanya merosakkan usaha kerajaan dalam agenda reformasi serta kesejahteraan rakyat,\u201d tegas mereka.<\/p>\n<p>Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan memegang portfolio kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan makanan di Melaka.<\/p>\n<p>Pemuda DAP turut menyifatkan kenyataan Zahid \u201ctidak mahu dipatuk ular kali kedua\u201d sebagai penutup kepada sebarang spekulasi rundingan antara UMNO dan PAS.<\/p>\n<p>Sabtu lalu, Pemuda UMNO mengadakan konvensyen khas yang menyaksikan Akmal menggesa agar keluar kerajaan dan bergabung dengan PAS sebagai pembangkang.<\/p>\n<p>Pemuda DAP menyifatkan tafsiran Akmal kononnya Zahid menyokong agenda \u201cpenyatuan orang Melayu\u201d sebagai mengelirukan rakyat dan tidak menghormati pendirian presiden parti sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda DAP hari ini mencabar Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, supaya segera meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri Melaka sekiranya beliau benar-benar berpegang kepada prinsip untuk meninggalkan Kerajaan Perpaduan. Dalam satu kenyataan media, sayap pemuda itu berkata pendirian tegas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bahawa parti tersebut akan kekal bersama kerajaan perpaduan pimpinan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2124,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,63,2580,114,192,171,146],"authors":[],"class_list":["post-6517","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-dap","tag-exco","tag-letak-jawatan","tag-melaka","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6517","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6517"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6517\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6518,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6517\/revisions\/6518"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2124"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6517"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}