{"id":6529,"date":"2026-01-07T09:56:03","date_gmt":"2026-01-07T09:56:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6529"},"modified":"2026-01-07T09:56:03","modified_gmt":"2026-01-07T09:56:03","slug":"amk-kelantan-gesa-akmal-berundur-sebagai-exco-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-kelantan-gesa-akmal-berundur-sebagai-exco-melaka\/","title":{"rendered":"AMK Kelantan gesa Akmal berundur sebagai Exco Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan menggesa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya meletakkan jawatan sebagai Exco Melaka susulan perbezaan pandangan beliau dengan kepimpinan tertinggi UMNO.<\/p>\n<p>Ketua AMK Kelantan, Ezzat Hanuzi berkata, langkah itu wajar bagi membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berperanan sebagai ADUN biasa tanpa sebarang keistimewaan atau peruntukan khas.<\/p>\n<p>\u201cAkmal lepaskanlah jawatan sebagai Exco di Melaka supaya boleh bekerja sebagai ADUN biasa dan belajar bagaimana rasanya menjadi ADUN pembangkang tanpa kelebihan atau kemudahan khas,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Ezzat, tindakan itu juga perlu disusuli dengan arahan kepada seluruh kepimpinan Pemuda UMNO di peringkat bahagian supaya melepaskan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tampil sebagai pembangkang yang berprinsip.<\/p>\n<p>\u201cAkmal juga boleh arahkan semua Pemuda UMNO di setiap bahagian supaya lepaskan jawatan dalam GLC dan bergerak sebagai pembangkang bermaruah,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan desakan tersebut timbul kerana pendirian Akmal dilihat semakin bercanggah dengan hala tuju Presiden UMNO serta pimpinan parti itu secara keseluruhan.<\/p>\n<p>\u201cJelas pandangan Akmal kini tidak selari dengan pendirian Presiden UMNO dan barisan kepimpinan yang lain,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, media melaporkan Akmal memberi bayangan kemungkinan untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya.<\/p>\n<p>Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, beliau menyatakan bahawa dirinya telah melakukan yang terbaik untuk menyampaikan mesej kepada semua pihak.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa saya sudah buat yang terbaik. Jika ada kekurangan, mungkin ia datang daripada diri saya sendiri. Mungkin sudah sampai masa untuk beri laluan,\u201d tulisnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan menggesa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya meletakkan jawatan sebagai Exco Melaka susulan perbezaan pandangan beliau dengan kepimpinan tertinggi UMNO. Ketua AMK Kelantan, Ezzat Hanuzi berkata, langkah itu wajar bagi membolehkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berperanan sebagai ADUN biasa tanpa sebarang keistimewaan atau peruntukan khas. \u201cAkmal [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,164,2866,925,114,2865],"authors":[],"class_list":["post-6529","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-amk","tag-ezzat-hanuzi","tag-kelantan","tag-letak-jawatan","tag-umno-exco-melaka"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6529","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6529"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6529\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6530,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6529\/revisions\/6530"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6529"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6529"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6529"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6529"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}