{"id":6531,"date":"2026-01-08T07:01:10","date_gmt":"2026-01-08T07:01:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6531"},"modified":"2026-01-08T07:01:10","modified_gmt":"2026-01-08T07:01:10","slug":"bekas-panglima-tentera-darat-bersama-dua-isteri-direman-kes-tender","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekas-panglima-tentera-darat-bersama-dua-isteri-direman-kes-tender\/","title":{"rendered":"Bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isteri direman kes tender"},"content":{"rendered":"<p>Seorang bekas Panglima Tentera Darat direman selama tujuh hari manakala dua isterinya masing-masing direman enam dan tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).<\/p>\n<p>Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).<\/p>\n<p>Ketiga-tiga individu terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira jam 10 pagi selepas ditahan di Ibu Pejabat SPRM petang semalam.<\/p>\n<p>Mereka dilihat memakai baju lokap SPRM berwarna oren dan bergari ketika diiringi pegawai SPRM memasuki kompleks mahkamah, mencuri perhatian orang ramai di perkarangan mahkamah.<\/p>\n<p>Peguam yang mewakili bekas Panglima Tentera Darat itu, Nizamuddin Hamid, memaklumkan anak guamnya masih dalam proses pemulihan dan belum berada dalam keadaan kesihatan yang benar-benar stabil.<\/p>\n<p>\u201cKami memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan. Pada masa sama, kami memohon agar mahkamah memastikan beliau diberi akses kepada peguam sepanjang tempoh siasatan,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut sumber, ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira jam 7 malam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.<\/p>\n<p>Penahanan itu dipercayai berkaitan siasatan terhadap beberapa projek perolehan TDM yang dilaksanakan melalui tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.<\/p>\n<p>Siasatan SPRM sebelum ini turut menyaksikan pegawai agensi berkenaan hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi mengumpul dokumen dan maklumat berkaitan projek-projek yang disyaki terlibat.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, SPRM pada Selasa menahan reman 17 pengarah syarikat yang dipercayai terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.<\/p>\n<p>Seorang pegawai SPRM berkata siasatan masih berjalan dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dibuat.<\/p>\n<p>\u201cKami komited untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam perolehan awam,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang bekas Panglima Tentera Darat direman selama tujuh hari manakala dua isterinya masing-masing direman enam dan tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM). Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketiga-tiga individu terbabit dibawa ke Mahkamah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[314,2781,24,486,21,1070],"authors":[],"class_list":["post-6531","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kes","tag-panglima-tentera-darat","tag-rasuah","tag-reman","tag-sprm","tag-tahan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6531","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6531"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6531\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6532,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6531\/revisions\/6532"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6531"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6531"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6531"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6531"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}