{"id":6554,"date":"2026-01-09T08:16:56","date_gmt":"2026-01-09T08:16:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6554"},"modified":"2026-01-09T08:17:01","modified_gmt":"2026-01-09T08:17:01","slug":"kadar-pengangguran-cecah-paras-terendah-11-tahun-dosm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kadar-pengangguran-cecah-paras-terendah-11-tahun-dosm\/","title":{"rendered":"Kadar pengangguran cecah paras terendah 11 tahun: DOSM"},"content":{"rendered":"<p>Kadar pengangguran Malaysia pada November 2025 mencatatkan paras terendah dalam tempoh 11 tahun apabila turun kepada 2.9 peratus, sekali gus menjadi kadar terendah dalam 132 bulan, menurut laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).<\/p>\n<p>Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kali terakhir kadar pengangguran berada di bawah tiga peratus adalah pada November 2014, sekali gus menunjukkan pemulihan dan kestabilan pasaran buruh negara yang semakin kukuh.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ekonomi yang menggalakkan pada bulan ini terus menyokong pertumbuhan pasaran buruh merentas pelbagai sektor,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Menurut laporan itu, bilangan penganggur pada November 2025 menurun sedikit kepada 518,400 orang berbanding 518,900 orang pada Oktober, manakala jumlah penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus kepada 17.09 juta orang. Tenaga buruh turut mencatat pertambahan kepada 17.61 juta orang dengan kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.9 peratus.<\/p>\n<p>Mohd Uzir berkata pasaran buruh Malaysia dijangka terus berkembang secara positif dengan lebih banyak peluang pekerjaan baharu, khususnya dalam sektor strategik dan berorientasikan masa depan.<\/p>\n<p>\u201cPeluang pekerjaan baharu akan terus diwujudkan, selari dengan usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui latihan semula dan peningkatan kemahiran, di samping pembangunan wilayah yang lebih seimbang termasuk di kawasan luar bandar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, pasaran buruh negara dijangka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global serta memanfaatkan peluang daripada transformasi digital dan agenda hijau.<\/p>\n<p>Dari segi struktur pekerjaan, kategori pekerja merangkumi 74.8 peratus daripada jumlah penduduk bekerja, manakala bilangan bekerja sendiri turut meningkat kepada 3.26 juta orang. Sektor perkhidmatan terus menjadi penyumbang utama guna tenaga, khususnya dalam bidang kesihatan, kerja sosial, perdagangan borong dan runcit, serta perkhidmatan makanan dan minuman.<\/p>\n<p>Sektor lain seperti pertanian, pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian juga mencatat peningkatan guna tenaga, mencerminkan momentum ekonomi yang semakin stabil menjelang hujung tahun.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kadar pengangguran Malaysia pada November 2025 mencatatkan paras terendah dalam tempoh 11 tahun apabila turun kepada 2.9 peratus, sekali gus menjadi kadar terendah dalam 132 bulan, menurut laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kali terakhir kadar pengangguran berada di bawah tiga peratus adalah pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3775,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[82,615,285,860,859],"authors":[],"class_list":["post-6554","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dosm","tag-dr-mohd-uzir-mahidin","tag-madani","tag-pekerjaan","tag-pengangguran"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6554"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6554\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6555,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6554\/revisions\/6555"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3775"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6554"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}