{"id":6567,"date":"2026-01-09T12:56:24","date_gmt":"2026-01-09T12:56:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6567"},"modified":"2026-01-09T12:56:24","modified_gmt":"2026-01-09T12:56:24","slug":"bursa-malaysia-akhiri-minggu-di-paras-tertinggi-lebih-enam-tahun-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bursa-malaysia-akhiri-minggu-di-paras-tertinggi-lebih-enam-tahun-laporan\/","title":{"rendered":"Bursa Malaysia akhiri minggu di paras tertinggi lebih enam tahun: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Bursa Malaysia menutup dagangan minggu ini dengan prestasi lebih kukuh apabila indeks penanda aras melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih enam tahun, disokong oleh belian berterusan saham wajaran tinggi seiring prestasi positif pasaran serantau.<\/p>\n<p>Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.97 mata atau 1.02 peratus kepada 1,686.54, paras tertinggi intra hari, berbanding 1,669.57 pada penutupan Khamis. Paras yang hampir sama pernah direkodkan pada 7 Mac 2019 pada 1,686.95.<\/p>\n<p>Indeks penanda aras itu dibuka 0.87 mata lebih tinggi pada 1,670.44 sebelum mencecah paras terendah intra hari 1,670.28 pada awal dagangan.<\/p>\n<p>Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 616 berbanding 469, manakala 581 kaunter tidak berubah, 983 tidak diniagakan dan 24 digantung dagangan.<\/p>\n<p>Jumlah dagangan meningkat kepada 2.83 bilion unit bernilai RM2.75 bilion berbanding 2.79 bilion unit bernilai RM2.84 bilion pada Khamis.<\/p>\n<p>Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata firma pembrokeran itu kekal positif terhadap prospek jangka terdekat indeks penanda aras berikutan momentum menaik yang terus terbina.<\/p>\n<p>&#8220;Secara keseluruhan, FBM KLCI masih berada dalam aliran menaik yang sihat merentasi jangka masa pendek hingga jangka panjang. Momentum pasaran kekal menyokong, dan penurunan kebelakangan ini dilihat sebagai penyatuan yang sihat, bukannya petanda pembalikan trend,&#8221; katanya kepada Bernama.<\/p>\n<p>Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank melonjak 22 sen kepada RM10.86, manakala Public Bank dan CIMB masing-masing meningkat sembilan sen kepada RM4.58 dan RM8.15. Press Metal mengukuh 12 sen kepada RM7.20, Tenaga Nasional kekal pada RM13.56, manakala IHH Healthcare susut satu sen kepada RM8.53.<\/p>\n<p>Bagi saham paling aktif, Zetrix AI naik 1.5 sen kepada 83 sen, VS Industry meningkat satu sen kepada 49 sen, CBH Engineering menambah dua sen kepada 61.5 sen, Tanco tidak berubah pada RM1.23, manakala MMAG susut setengah sen kepada 6.5 sen.<\/p>\n<p>Dalam senarai kaunter mencatatkan kenaikan tertinggi, Malaysian Pacific Industries meningkat 90 sen kepada RM33.30, Hong Leong Bank naik 42 sen kepada RM23.06, manakala Vitrox dan Hong Leong Financial Group masing-masing menambah 38 sen kepada RM4.69 dan RM19.74.<\/p>\n<p>Bagi kaunter rugi, Malayan Cement susut 15 sen kepada RM7.95, Panasonic turun 13 sen kepada RM7.33, Hume Cement merosot 11 sen kepada RM3.48, manakala Master-Pack dan Atlan masing-masing turun 10 sen kepada RM1.90 dan RM2.80.<\/p>\n<p>Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 10.68 mata kepada 12,349.42, Indeks FBM Top 100 turun 15.20 mata kepada 12,136.75, manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 0.29 mata kepada 12,167.04. Indeks FBM Mid 70 naik 146.38 mata kepada 17,319.58 dan Indeks FBM ACE meningkat 17.90 mata kepada 4,982.21.<\/p>\n<p>Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 34.46 mata kepada 19,739.73, Indeks Tenaga naik 0.66 mata kepada 770.31, Indeks Perladangan meningkat 39.76 mata kepada 8,437.70, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.56 mata kepada 171.90. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bursa Malaysia menutup dagangan minggu ini dengan prestasi lebih kukuh apabila indeks penanda aras melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih enam tahun, disokong oleh belian berterusan saham wajaran tinggi seiring prestasi positif pasaran serantau. Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.97 mata atau 1.02 peratus kepada 1,686.54, paras tertinggi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1155,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[729,476,504],"authors":[],"class_list":["post-6567","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bursa","tag-pasaran","tag-pelaburan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6567","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6567"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6567\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6568,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6567\/revisions\/6568"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1155"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6567"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6567"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6567"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6567"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}