{"id":657,"date":"2025-06-08T14:35:37","date_gmt":"2025-06-08T14:35:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=657"},"modified":"2025-06-08T14:35:37","modified_gmt":"2025-06-08T14:35:37","slug":"isu-lpg-menteri-kpdn-pula-tegur-presiden-mca-jangan-cepat-koyak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-lpg-menteri-kpdn-pula-tegur-presiden-mca-jangan-cepat-koyak\/","title":{"rendered":"Isu LPG, Menteri KPDN pula tegur Presiden MCA jangan cepat \u2018koyak\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Armizan Mohd Ali memberi teguran kepada Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong agar<br \/>\ncepat koyak dalam isu melibatkan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.<\/p>\n<p>Armizan berkata Ka Siong empat tahun lewat dalam membuat bantahannya terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 dan hanya sekarang baharu membantah pindaan peraturan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Saya fikir perlu ucapkan tahniah kepada Presiden MCA sebab dalam &#8216;posisi&#8217; sekarang beliau lebih cakna sebagai &#8216;jurucakap rakyat&#8217; berbanding dulu.<\/p>\n<p>&#8220;Saya fikir kiranya aura &#8216;jurucakap rakyat&#8217; itu muncul lebih awal ketika beliau menjadi menteri, beliau dan partinya pasti akan membuat bantahan lebih awal pada tahun 2021 dan bukannya tahun 2025.<\/p>\n<p>&#8220;Ini kerana pada tahun 2021, KPDNHEP (masa itu) telah menggubal PPKB (Pindaan) 2021, menguat kuasakannya pada 15 Oktober 2021 dan sekali gus diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan yang boleh diakses oleh awam.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak kisah presiden MCA tuduh saya bohong. Orang politik jangan cepat koyak. Cuma saya merayu janganlah kelirukan rakyat dengan rujukan kepada undang-undang yang saya tidak sebut,\u201d kata Armizan dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Terdahulu, Ka Siong menuntut Armizan membuat permohonan maaf atas dakwaan kononnya beliau terlibat dalam meluluskan peraturan berkaitan kawalan bekalan ketika berada dalam Kabinet pada tahun 2021.<\/p>\n<p>Ka Siong memberikan reaksi tersebut selepas Armizan mengingatkan beliau agar menyemak semula peraturan yang digubal semasa tempoh perkhidmatannya sebagai Menteri Pengangkutan, sebelum mengkritik kementerian yang diterajui kini oleh Armizan.<\/p>\n<p>Armizan mengakui bahawa beliau hanya merupakan Ahli Parlimen penggal pertama, berbanding Ka Siong yang sudah berpengalaman dalam beberapa penggal di Dewan Rakyat serta lama berkhidmat dalam Anggota Pentadbiran.<\/p>\n<p>\u201cBagaimanapun, dalam ceteknya pengalaman saya berbanding Presiden MCA, saya tetap berpegang dan merujuk kepada punca kuasa perundangan yang sah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, lebih penting adalah untuk tidak mengelirukan rakyat dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cMenuduh saya memetik punca kuasa perundangan yang tidak wujud bukan cerminan kepada pengalaman dan kebijaksanaan Presiden MCA yang saya pernah kenali dahulu,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Armizan Mohd Ali memberi teguran kepada Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong agar cepat koyak dalam isu melibatkan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi. Armizan berkata Ka Siong empat tahun lewat dalam membuat bantahannya terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 dan hanya sekarang baharu membantah pindaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":658,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[427,430,426,180,468],"authors":[],"class_list":["post-657","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-armizan-mohd-ali","tag-gas","tag-lpg","tag-mca","tag-wee-ka-siong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/657","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=657"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/657\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":659,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/657\/revisions\/659"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/658"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=657"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=657"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=657"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=657"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}