{"id":6579,"date":"2026-01-10T05:46:43","date_gmt":"2026-01-10T05:46:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6579"},"modified":"2026-01-10T05:46:43","modified_gmt":"2026-01-10T05:46:43","slug":"sprm-pantau-tiga-ngo-kutip-dana-jutaan-ringgit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-pantau-tiga-ngo-kutip-dana-jutaan-ringgit\/","title":{"rendered":"SPRM pantau tiga NGO kutip dana jutaan ringgit"},"content":{"rendered":"<p>Sekurang-kurangnya tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali ramai kini berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dikesan mengumpul dana awam berjumlah jutaan ringgit yang disyaki disalah guna.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mendedahkan risikan dan siasatan sudah dijalankan terhadap NGO terbabit, malah tindakan mahkamah dijangka menyusul dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>Beliau meluahkan rasa kecewa apabila masih ada NGO yang mengambil kesempatan atas sifat dermawan rakyat demi mengaut keuntungan peribadi.<\/p>\n<p>\u201cMasih ada NGO yang menunggang isu agama dan kemanusiaan untuk mengutip dana berjuta-juta, tetapi wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi pengerusi. Mereka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi,\u201d katanya dipetik laporan Harian Metro.<\/p>\n<p>Menurut beliau, rakyat Malaysia yang mudah bersimpati sering menyumbang dengan niat membantu golongan memerlukan, namun keikhlasan itu dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.<\/p>\n<p>Katanya, ada sumbangan yang dikatakan untuk mangsa bencana atau konflik luar negara, tetapi aliran wang sebenar menimbulkan tanda tanya.<\/p>\n<p>\u201cRakyat menyangka duit itu sampai kepada orang susah, contohnya mangsa banjir atau konflik. Tetapi ada kes duit derma ditukar kepada emas. Persoalannya, kenapa dan ke mana wang itu pergi?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Azam turut mempersoalkan peranan agensi berkaitan dalam memantau aktiviti NGO dan yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).<\/p>\n<p>Beliau menegaskan isu itu bukan tanggungjawab SPRM semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama kementerian dan jabatan berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cIni duit rakyat dan rakyat tidak sepatutnya ditipu. Semua pihak perlu peka dan buka mata,\u201d katanya.<\/p>\n<p>SPRM sebelum ini pernah mengambil tindakan terhadap beberapa NGO berkaitan penyelewengan dana kemanusiaan melibatkan Syria dan Palestin dengan jumlah hampir RM100 juta.<\/p>\n<p>Kes berkenaan membabitkan penyalahgunaan wang derma untuk tujuan peribadi, pembelian aset mewah dan pelaburan kripto.<\/p>\n<p>Tindakan termasuk pembekuan akaun serta pendakwaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, dengan SPRM menegaskan pemantauan terhadap NGO yang kelihatan mencurigakan akan diteruskan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekurang-kurangnya tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali ramai kini berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dikesan mengumpul dana awam berjumlah jutaan ringgit yang disyaki disalah guna. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mendedahkan risikan dan siasatan sudah dijalankan terhadap NGO terbabit, malah tindakan mahkamah dijangka menyusul dalam masa terdekat. Beliau meluahkan rasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6342,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[414,2872,237,24,21],"authors":[],"class_list":["post-6579","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dana","tag-kutipan","tag-ngo","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6579","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6579"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6579\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6580,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6579\/revisions\/6580"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6579"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6579"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6579"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6579"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}