{"id":6583,"date":"2026-01-11T04:29:37","date_gmt":"2026-01-11T04:29:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6583"},"modified":"2026-01-11T04:29:37","modified_gmt":"2026-01-11T04:29:37","slug":"sultan-selangor-cadang-wakil-rakyat-tinggal-berhampiran-ladang-babi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sultan-selangor-cadang-wakil-rakyat-tinggal-berhampiran-ladang-babi\/","title":{"rendered":"Sultan Selangor cadang wakil rakyat tinggal berhampiran ladang babi"},"content":{"rendered":"<p>Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, meluahkan rasa dukacita dan ketidaksetujuan terhadap perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memindahkan operasi penternakan babi ke Bukit Tagar, Hulu Selangor menjelang 2030.<\/p>\n<p>Baginda bertitah tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan negeri tersebut terutamanya jika ia membabitkan penternakan berskala besar dan berorientasikan eksport.<\/p>\n<p>Secara prinsipnya, baginda mengakui kewujudan penternakan kecil dan terkawal bagi memenuhi keperluan makanan bukan Islam di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cNamun, perancangan berskala besar adalah tidak wajar, tidak sensitif dan tidak seimbang dengan realiti demografi serta keharmonian masyarakat Selangor yang majoritinya Islam,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda turut membangkitkan kebimbangan mendalam memandangkan kawasan Kuala Langat yang didiami ramai penduduk Melayu masih menghadapi masalah berkaitan penternakan babi yang belum diselesaikan sejak 2010.<\/p>\n<p>\u201cPenduduk sekitar sudah lama menanggung pelbagai kesan negatif termasuk bau busuk yang berlarutan, pencemaran air sungai, serta masalah lalat yang tidak berkesudahan,\u201d menurut titah tersebut.<\/p>\n<p>Istana rasmi baginda, Istana Pantai Bahagia, yang terletak di Kuala Langat juga terjejas.<\/p>\n<p>\u201cBaginda menyaksikan secara langsung kesan pencemaran bau yang berpunca daripada aktiviti penternakan babi di kawasan berkenaan,\u201d jelas kenyataan itu.<\/p>\n<p>Justeru, baginda mengusulkan satu cadangan langsung iaitu agar wakil rakyat di Selangor yang menyokong keputusan itu agar berpindah ke kawasan ladang babi berhampiran.<\/p>\n<p>\u201cBaginda mengusulkan kepada wakil-wakil rakyat untuk tinggal dan menetap bersebelahan kawasan penternakan babi seperti di Kuala Langat serta menempuh sendiri pengalaman sebenar seperti yang dialami oleh penduduk sekitar,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Di samping itu, baginda turut mempersoalkan motif sebenar di sebalik cadangan projek besar ini.<\/p>\n<p>Baginda menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya kepentingan politik dan perniagaan tertentu, serta unsur rasuah atau ketirisan tadbir urus.<\/p>\n<p>\u201cPembangunan ekonomi tidak boleh mengorbankan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor,\u201d titah Baginda lagi.<\/p>\n<p>Baginda menyeru agar kajian pasaran yang teliti dan rasional dijalankan sebelum sebarang ketetapan muktamad dibuat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, meluahkan rasa dukacita dan ketidaksetujuan terhadap perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memindahkan operasi penternakan babi ke Bukit Tagar, Hulu Selangor menjelang 2030. Baginda bertitah tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan negeri tersebut terutamanya jika ia membabitkan penternakan berskala besar dan berorientasikan eksport. Secara prinsipnya, baginda mengakui kewujudan penternakan kecil dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3440,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[356,2880,1748,1749,2879],"authors":[],"class_list":["post-6583","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-adun","tag-ladang-babi","tag-sultan-selangor","tag-sultan-sharafuddin-idris-shah","tag-wakil-rakyat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6583","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6583"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6583\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6584,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6583\/revisions\/6584"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3440"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6583"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6583"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6583"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6583"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}