{"id":6589,"date":"2026-01-11T07:20:05","date_gmt":"2026-01-11T07:20:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6589"},"modified":"2026-01-11T07:20:05","modified_gmt":"2026-01-11T07:20:05","slug":"mufti-nasihat-penganjur-glamping-with-pride-hentikan-program-songsang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mufti-nasihat-penganjur-glamping-with-pride-hentikan-program-songsang\/","title":{"rendered":"Mufti nasihat penganjur \u2018Glamping With Pride\u2019 hentikan program songsang"},"content":{"rendered":"<p>Penganjur program \u2018Glamping With Pride\u2019 yang didakwa mempromosikan gaya hidup songsang dinasihatkan supaya membatalkan atau menghentikan penganjuran aktiviti berkenaan kerana bercanggah dengan fitrah manusia dan ajaran Islam.<\/p>\n<p>Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil, berkata program yang cuba menyuntik elemen tersebut walaupun dibalut dengan aktiviti rekreasi seperti glamping tetap jelas dilarang kerana membawa mesej yang bertentangan dengan nilai agama dan moral masyarakat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, penganjuran program sedemikian boleh dianggap sebagai mempromosikan maksiat secara terbuka, lebih-lebih lagi di Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cDari perspektif Maqasid Syariah, penganjuran program seperti ini bercanggah dengan prinsip pemeliharaan keturunan atau hifz al-nasl dalam syariat Islam,\u201d katanya menerusi kenyataan Tinta Mufti yang dimuat naik di media sosial.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan pernikahan antara lelaki dan wanita disyariatkan bagi memastikan kesinambungan zuriat manusia secara sah, di samping mencegah kerosakan sosial akibat perbuatan zina dan hubungan sejenis.<\/p>\n<p>\u201cMalah, tindakan mempromosikan budaya ini boleh dikategorikan sebagai menyebarkan fahsya\u2019, iaitu perkara keji dalam kalangan orang beriman,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Sebelum ini, media melaporkan penganjur \u2018Glamping With Pride\u2019 merancang untuk meneruskan program berkenaan di Hulu Langat pada hujung minggu depan walaupun menerima bantahan daripada pelbagai pihak.<\/p>\n<p>Kumpulan yang dikenali sebagai Jejaka mendakwa program dua hari itu hanyalah sebuah \u2018retreat\u2019 komuniti yang memberi fokus kepada kesejahteraan diri, sokongan rakan sebaya dan kesedaran kesihatan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, Johan Abd Aziz, menggesa pengusaha chalet dan resort agar tidak membenarkan premis mereka digunakan untuk program yang dikaitkan dengan unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ).<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, turut memaklumkan akan turun padang bagi memastikan program tersebut dibatalkan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Ahmad Fauwaz menegaskan bahawa individu yang terlibat dengan program maksiat wajar dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cJika ada antara mereka yang ingin bertaubat dan kembali kepada fitrah, pintu taubat sentiasa terbuka,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penganjur program \u2018Glamping With Pride\u2019 yang didakwa mempromosikan gaya hidup songsang dinasihatkan supaya membatalkan atau menghentikan penganjuran aktiviti berkenaan kerana bercanggah dengan fitrah manusia dan ajaran Islam. Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil, berkata program yang cuba menyuntik elemen tersebut walaupun dibalut dengan aktiviti rekreasi seperti glamping tetap jelas dilarang kerana membawa mesej yang bertentangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6590,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1967,2883,953,2884,954],"authors":[],"class_list":["post-6589","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-fauwaz-fadzil","tag-glamping-with-pride","tag-lgbt","tag-mufti-wilayah-persekutuan","tag-songsang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6589","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6589"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6589\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6591,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6589\/revisions\/6591"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6590"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6589"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6589"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6589"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6589"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}