{"id":6596,"date":"2026-01-11T11:42:08","date_gmt":"2026-01-11T11:42:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6596"},"modified":"2026-01-11T11:42:08","modified_gmt":"2026-01-11T11:42:08","slug":"kerajaan-fokus-ringankan-hidup-rakyat-permudah-aktiviti-perniagaan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-fokus-ringankan-hidup-rakyat-permudah-aktiviti-perniagaan-fahmi\/","title":{"rendered":"Kerajaan fokus ringankan hidup rakyat, permudah aktiviti perniagaan: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Madani terus memberi fokus utama untuk menangani isu kos sara hidup dan memudahkan urusan perniagaan, selari dengan keperluan rakyat dan hala tuju ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, keutamaan itu dibincangkan secara mendalam sepanjang Program Permukiman Kerajaan Madani 2026, dengan hasil usaha kerajaan sepanjang 38 bulan lalu mula menunjukkan impak yang positif.<\/p>\n<p>\u201cKeutamaan adalah memastikan bukan sahaja ekonomi negara berada di landasan yang betul, tetapi isu yang dekat dengan rakyat seperti kos sara hidup dan kemudahan menjalankan perniagaan benar-benar diberi perhatian,\u201d katanya pada sidang media selepas program hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, kestabilan politik yang dinikmati sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI telah membantu memacu keyakinan pelabur dan memperkukuh prestasi ekonomi negara.<\/p>\n<p>\u201cHasil daripada kestabilan itu, kita lihat ringgit berada pada kedudukan yang sangat kuat, pelaburan meningkat dan kadar pengangguran berada pada paras paling rendah dalam tempoh 14 tahun,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Program sehari itu dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof, selain barisan menteri Kabinet.<\/p>\n<p>Turut hadir Premier Sarawak Abang Johari Openg serta Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan Perpaduan, kecuali Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Fahmi berkata pelbagai indikator ekonomi yang dibentangkan dalam permukiman tersebut mengesahkan bahawa negara kini berada pada hala tuju yang tepat.<\/p>\n<p>\u201cKita juga tekankan keperluan memastikan hasil dasar yang mengukuhkan ekonomi ini akhirnya sampai kepada rakyat dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi memaklumkan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya hasil perbincangan permukiman itu diterjemahkan kepada siri program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.<\/p>\n<p>\u201cBentuk program belum boleh diumumkan kerana perlu penelitian dan kelulusan Jemaah Menteri, tetapi hala tuju kerajaan untuk tempoh kurang dua tahun berbaki ini sangat jelas dan berfokus kepada hasil untuk rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Madani terus memberi fokus utama untuk menangani isu kos sara hidup dan memudahkan urusan perniagaan, selari dengan keperluan rakyat dan hala tuju ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Fahmi berkata, keutamaan itu dibincangkan secara mendalam sepanjang Program Permukiman Kerajaan Madani 2026, dengan hasil usaha kerajaan sepanjang 38 bulan lalu mula menunjukkan impak yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6087,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[68,112,374,285,807,506],"authors":[],"class_list":["post-6596","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ekonomi","tag-fahmi","tag-kerajaan","tag-madani","tag-perniagaan","tag-rakyat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6596"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6597,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6596\/revisions\/6597"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6087"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6596"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}