{"id":6623,"date":"2026-01-12T12:14:20","date_gmt":"2026-01-12T12:14:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6623"},"modified":"2026-01-12T12:14:20","modified_gmt":"2026-01-12T12:14:20","slug":"hentikan-penternakan-babi-di-kuala-langat-dan-peruntukan-kewangan-sultan-selangor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hentikan-penternakan-babi-di-kuala-langat-dan-peruntukan-kewangan-sultan-selangor\/","title":{"rendered":"Hentikan penternakan babi di Kuala Langat dan peruntukan kewangan: Sultan Selangor"},"content":{"rendered":"<p>Sultan Selangor menitahkan supaya operasi penternakan babi di Kuala Langat dihentikan sepenuhnya, selain menegaskan kerajaan negeri tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewangan bagi aktiviti penternakan babi di Selangor pada masa depan.<\/p>\n<p>Titah itu disampaikan Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika sesi menghadap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim di Istana Bukit Kayangan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan rasmi Istana Selangor, baginda telah meneliti isu pengurusan dan hala tuju penternakan babi secara menyeluruh dengan mengambil kira kepentingan rakyat, pemeliharaan alam sekitar serta keharmonian sosial di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cBaginda menetapkan bahawa tiada lagi operasi penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat.<\/p>\n<p>\u201cOperasi sedia ada hendaklah dihentikan secara berperingkat dan dipindahkan sepenuhnya ke Bukit Tagar mengikut perancangan yang tersusun serta mematuhi semua keperluan undang-undang,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Selain itu, Sultan Selangor turut menitahkan satu kajian terperinci dan bancian menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti keperluan sebenar daging babi khusus untuk kegunaan rakyat bukan Islam di Selangor sahaja.<\/p>\n<p>Baginda menegaskan tiada sebarang perancangan untuk mengeksport hasil penternakan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cDapatan kajian ini perlu dijadikan asas utama bagi menentukan skala, kapasiti dan keluasan operasi penternakan babi di Bukit Tagar supaya ia kekal munasabah dan terkawal,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, baginda menegaskan kerajaan negeri tidak akan menyalurkan dana awam atau membuat pelaburan untuk mana-mana operasi penternakan babi, termasuk di Bukit Tagar. \u201cSegala urusan berkaitan hendaklah dilaksanakan tanpa melibatkan peruntukan kewangan negeri,\u201d menurut kenyataan itu lagi.<\/p>\n<p>Sultan Sharafuddin berharap semua pihak yang terlibat dapat mematuhi ketetapan berkenaan dengan penuh tanggungjawab dan berhemah demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di Selangor terus terpelihara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sultan Selangor menitahkan supaya operasi penternakan babi di Kuala Langat dihentikan sepenuhnya, selain menegaskan kerajaan negeri tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewangan bagi aktiviti penternakan babi di Selangor pada masa depan. Titah itu disampaikan Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika sesi menghadap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3440,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2885,2892,2891,2890,1748,1749],"authors":[],"class_list":["post-6623","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-babi","tag-kerajaan-negeri","tag-kuala-langat","tag-penternakan","tag-sultan-selangor","tag-sultan-sharafuddin-idris-shah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6623","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6623"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6623\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6624,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6623\/revisions\/6624"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3440"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6623"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6623"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6623"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6623"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}