{"id":6627,"date":"2026-01-12T12:24:39","date_gmt":"2026-01-12T12:24:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6627"},"modified":"2026-01-12T12:24:39","modified_gmt":"2026-01-12T12:24:39","slug":"glamping-with-pride-sultan-selangor-bertitah-bantah-sebarang-aktiviti-lgbt","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/glamping-with-pride-sultan-selangor-bertitah-bantah-sebarang-aktiviti-lgbt\/","title":{"rendered":"Glamping with Pride: Sultan Selangor bertitah bantah sebarang aktiviti LGBT"},"content":{"rendered":"<p>Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan bantahan keras terhadap sebarang aktiviti yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Selangor, termasuk penganjuran program dikenali sebagai \u2018Glamping with Pride\u2019.<\/p>\n<p>Pendirian tegas itu disampaikan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor ketika sesi menghadap di Istana Bukit Kayangan, susulan perancangan penganjuran program berkenaan di Hulu Langat pada 17 dan 18 Januari ini.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan bersama MAIS dan Mufti Selangor, baginda tidak berkenan sebarang bentuk festival, perarakan, aktiviti, sambutan atau promosi yang berkait dengan gaya hidup songsang LGBT di mana-mana daerah di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun perbuatan ini melibatkan dosa individu dengan Allah SWT, ia melangkaui batas fitrah dan boleh mengundang kemurkaan serta laknat Allah SWT ke atas negeri ini,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Sultan Selangor juga menolak penubuhan sebarang persatuan, kelab, pertubuhan atau NGO yang berkaitan dengan LGBT di Selangor.<\/p>\n<p>MAIS dan Mufti Selangor turut menyatakan bahawa Islam dengan jelas mengharamkan amalan songsang LGBT yang disamakan dengan perbuatan kaum Nabi Luth.<\/p>\n<p>\u201cPerbuatan ini dimurkai Allah SWT dan telah mengundang azab ke atas kaum Nabi Luth, seperti yang disebut dalam surah al-A\u2019raf ayat 84,\u201d menurut kenyataan berkenaan.<\/p>\n<p>Selain itu, sebarang usaha untuk mempromosi atau menormalisasikan gaya hidup LGBT disifatkan bercanggah dengan maqasid syariah, khususnya dalam aspek menjaga keturunan.<\/p>\n<p>Ia juga dilihat sebagai ancaman kepada akidah umat Islam kerana menghalalkan perkara yang jelas diharamkan oleh agama serta bertentangan dengan fitrah manusia.<\/p>\n<p>MAIS menegaskan umat Islam, terutamanya golongan remaja, tidak seharusnya terpengaruh dengan budaya barat atas alasan kebebasan hak asasi manusia.<\/p>\n<p>\u201cTidak semua kebebasan hak asasi boleh diterima sekiranya ia bercanggah dengan ajaran Islam,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Susulan itu, MAIS dan Mufti Selangor menggesa Polis Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Tempatan supaya tidak mengeluarkan permit serta menghalang penganjuran program berkenaan.<\/p>\n<p>Jabatan Agama Islam Selangor, PBT dan PDRM juga diminta memperketat pemantauan dan mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi memastikan titah Sultan Selangor dipatuhi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan bantahan keras terhadap sebarang aktiviti yang mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Selangor, termasuk penganjuran program dikenali sebagai \u2018Glamping with Pride\u2019. Pendirian tegas itu disampaikan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor ketika sesi menghadap di Istana Bukit Kayangan, susulan perancangan penganjuran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6628,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2883,953,2894,43,954,1748,1749],"authors":[],"class_list":["post-6627","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-glamping-with-pride","tag-lgbt","tag-mais","tag-pdrm","tag-songsang","tag-sultan-selangor","tag-sultan-sharafuddin-idris-shah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6627","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6627"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6627\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6629,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6627\/revisions\/6629"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6628"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6627"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6627"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6627"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6627"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}