{"id":6633,"date":"2026-01-13T02:53:06","date_gmt":"2026-01-13T02:53:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6633"},"modified":"2026-01-13T02:53:06","modified_gmt":"2026-01-13T02:53:06","slug":"bersatu-nafi-khianati-pas-di-perlis-hormat-keputusan-raja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-nafi-khianati-pas-di-perlis-hormat-keputusan-raja\/","title":{"rendered":"Bersatu nafi khianati PAS di Perlis, hormat keputusan Raja"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu menolak dakwaan parti itu mengkhianati PAS dalam krisis politik di Perlis yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar negeri berkenaan sebelum ini, Mohd Shukri Ramli.<\/p>\n<p>Presiden bersatu, Muhyiddin Yassin, berkata parti itu tidak terlibat dalam sebarang usaha menjatuhkan kepimpinan PAS di Perlis dan menegaskan keputusan yang berlaku adalah di bawah kuasa mutlak Raja Perlis yang perlu dihormati semua pihak.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah menerima penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi malam tadi.<\/p>\n<p>\u201cPihak di Perlis sendiri menyatakan Bersatu tidak terbabit. Kita nafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa bersatu memainkan peranan dalam isu ini,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Menurut Muhyiddin, Bersatu juga tidak pernah berniat untuk mensabotaj PAS sebagai rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akur dengan proses perlembagaan negeri yang telah ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cApabila keputusan sudah dibuat oleh Raja Perlis, itu adalah keputusan baginda dan mesti dihormati. bersatu tidak memain peranan untuk menjatuhkan sesiapa.<\/p>\n<p>\u201cDakwaan mengatakan kita pengkhianat itu tidak benar dan tidak ada kaitan langsung, termasuk saya secara peribadi,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Krisis politik di Perlis tercetus apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), terdiri daripada tiga wakil PAS dan lima daripada bersatu, dilaporkan menarik sokongan terhadap kepimpinan Mohd Shukri sebelum beliau meletakkan jawatan dengan alasan kesihatan.<\/p>\n<p>Situasi itu mencetuskan ketegangan dalam PN apabila beberapa pemimpin PAS menyifatkan langkah berkenaan sebagai satu pengkhianatan terhadap parti itu selaku rakan komponen dalam gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Muhyiddin menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi berlebihan yang boleh menjejaskan kestabilan gabungan dan pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>\u201cApa yang penting sekarang ialah bergerak ke depan, fokus kepada rakyat dan kekalkan kerjasama dalam PN,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mesyuarat MPT bersatu berlangsung hampir tiga jam dan turut dihadiri barisan pimpinan tertinggi parti termasuk Timbalan Presiden, Hamzah Zainuddin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu menolak dakwaan parti itu mengkhianati PAS dalam krisis politik di Perlis yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Besar negeri berkenaan sebelum ini, Mohd Shukri Ramli. Presiden bersatu, Muhyiddin Yassin, berkata parti itu tidak terlibat dalam sebarang usaha menjatuhkan kepimpinan PAS di Perlis dan menegaskan keputusan yang berlaku adalah di bawah kuasa mutlak Raja Perlis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,408,1590,126,2177,2111],"authors":[],"class_list":["post-6633","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-menteri-besar","tag-muhyiddin-yassin","tag-pas","tag-perlis","tag-raja"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6633","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6633"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6633\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6634,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6633\/revisions\/6634"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6633"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6633"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6633"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6633"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}