{"id":6645,"date":"2026-01-13T08:35:41","date_gmt":"2026-01-13T08:35:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6645"},"modified":"2026-01-13T08:35:41","modified_gmt":"2026-01-13T08:35:41","slug":"zahid-pas-wajar-terbubar-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-pas-wajar-terbubar-sendiri\/","title":{"rendered":"Zahid: PAS wajar terbubar sendiri"},"content":{"rendered":"<p>Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berpandangan PAS seharusnya \u201cterbubar sendiri\u201d susulan langkah UMNO yang lebih awal meletakkan Islam sebagai teras parti menerusi pindaan Perlembagaan UMNO pada 2019.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengimbau amanat bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang pernah mencadangkan UMNO dan PAS dibubarkan bagi menubuhkan sebuah parti baharu berlandaskan Islam demi penyatuan umat Melayu.<\/p>\n<p>\u201cAda rakan daripada PKR dan AMANAH yang hadir ketika Allahyarham Nik Aziz menyebut, jika satu hari nanti UMNO meletakkan asas Islam dalam perlembagaannya, PAS akan dibubarkan. Saya anggap itu sebagai wasiat,\u201d katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Ahmad Zahid, sebaik mengambil alih kepimpinan UMNO, perkara utama yang diberi keutamaan ialah memasukkan elemen Islam secara jelas dalam perlembagaan parti.<\/p>\n<p>\u201cNamun PAS belum terbubar lagi. Saya harap ia akan terbubar dengan sendirinya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan UMNO tidak pernah menolak Islam, malah memainkan peranan besar dalam memartabatkan agama itu menerusi Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cBagi UMNO, Islam ialah panduan kenegaraan, bukan alat politik. Islam dibina melalui dasar dan institusi, bukan sekadar slogan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata UMNO terbuka untuk mengundang PAS menyertai sebuah organisasi yang memfokuskan agenda Islam di luar kerangka politik, termasuk platform seperti Multaqa Ilmuwan Islam.<\/p>\n<p>Menurutnya, pengumuman rasmi berkaitan organisasi itu akan dibuat pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU).<\/p>\n<p>\u201cKita akan umumkan pada hari terakhir PAU. Ia sebuah organisasi di luar lingkungan politik, dan Kabinet sudah meluluskannya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh penubuhan Majlis Ulama UMNO pada 2018 sebagai bukti kesungguhan parti memisahkan soal agama daripada ideologi politik.<\/p>\n<p>\u201cApabila bercakap tentang agama, kita perlu menyatukan fitrah, pemikiran dan tindakan. Inilah pendekatan UMNO, dan kita bersikap terbuka mengenainya,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berpandangan PAS seharusnya \u201cterbubar sendiri\u201d susulan langkah UMNO yang lebih awal meletakkan Islam sebagai teras parti menerusi pindaan Perlembagaan UMNO pada 2019. Beliau berkata demikian ketika mengimbau amanat bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang pernah mencadangkan UMNO dan PAS dibubarkan bagi menubuhkan sebuah parti baharu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,549,126,2097,11,581,146],"authors":[],"class_list":["post-6645","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bubar","tag-pas","tag-pau","tag-politik","tag-presiden","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6645","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6645"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6645\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6646,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6645\/revisions\/6646"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6645"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6645"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6645"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6645"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}