{"id":6656,"date":"2026-01-13T09:13:58","date_gmt":"2026-01-13T09:13:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6656"},"modified":"2026-01-13T09:13:58","modified_gmt":"2026-01-13T09:13:58","slug":"tuan-ibrahim-dakwa-hanya-khabar-angin-pas-calonkan-samsuri-sebagai-pengerusi-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tuan-ibrahim-dakwa-hanya-khabar-angin-pas-calonkan-samsuri-sebagai-pengerusi-pn\/","title":{"rendered":"Tuan Ibrahim dakwa hanya khabar angin PAS calonkan Samsuri sebagai Pengerusi PN"},"content":{"rendered":"<p>PAS menafikan dakwaan telah mencalonkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<p>Penafian itu dibuat ketika spekulasi mengenai kepimpinan gabungan tersebut terus hangat diperkatakan sejak peletakan jawatan Muhyiddin hujung tahun lalu.<\/p>\n<p>Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dakwaan yang mengaitkan Ahmad Samsuri hanyalah khabar angin dan belum pernah dibincangkan secara rasmi.<\/p>\n<p>\u201cItu hanya khabar angin. Majlis Tertinggi PN pun belum bermesyuarat mengenai perkara ini. Ia akan dimuktamadkan dalam mesyuarat PN,\u201d katanya ketika dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Ditanya sama ada PAS sudah membuat keputusan untuk mengemukakan calon daripada parti itu, beliau menjawab ringkas, \u201cBelum.\u201d<\/p>\n<p>Kenyataan tersebut sekali gus menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Rahim Thamby Chik.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Rahim menerusi satu hantaran Facebook mendakwa PAS telah mengemukakan Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu, sebagai calon Pengerusi PN.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat MPT bersatu malam sebelumnya.<\/p>\n<p>\u201cPAS telah mengemukakan Dr Sam sebagai calonnya, namun pelantikan muktamad akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang,\u201d tulisnya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Rahim kemudiannya meminda hantaran tersebut dengan menggugurkan perincian berkaitan mesyuarat berkenaan, walaupun kandungan asal masih boleh dijejaki menerusi sejarah suntingan Facebook.<\/p>\n<p>Dakwaan itu turut bercanggah dengan kenyataan Muhyiddin yang memaklumkan kepada media bahawa PAS belum mengemukakan sebarang nama untuk jawatan Pengerusi PN.<\/p>\n<p>Muhyiddin meletakkan jawatan pada 30 Disember lalu susulan krisis politik di Perlis yang merenggangkan hubungan antara PAS dan bersatu.<\/p>\n<p>Sehingga kini, walaupun PAS dilaporkan menuntut jawatan Pengerusi PN, parti itu masih belum menamakan calon rasmi, menjadikan persoalan kepimpinan PN terus terbuka dan diperhati ramai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menafikan dakwaan telah mencalonkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Muhyiddin Yassin. Penafian itu dibuat ketika spekulasi mengenai kepimpinan gabungan tersebut terus hangat diperkatakan sejak peletakan jawatan Muhyiddin hujung tahun lalu. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dakwaan yang mengaitkan Ahmad Samsuri hanyalah khabar angin dan belum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1645,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,136,71,126,2820,541,2661],"authors":[],"class_list":["post-6656","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-calon","tag-muhyiddin","tag-pas","tag-pengerusi-pn","tag-perikatan-nasional","tag-tuan-ibrahim-tuan-man"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6656","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6656"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6656\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6657,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6656\/revisions\/6657"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6656"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6656"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6656"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6656"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}