{"id":668,"date":"2025-06-09T05:05:45","date_gmt":"2025-06-09T05:05:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=668"},"modified":"2025-06-09T05:05:45","modified_gmt":"2025-06-09T05:05:45","slug":"bantuan-tambahan-akan-diteliti-kepada-pengamal-media-berdepan-kesukaran-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bantuan-tambahan-akan-diteliti-kepada-pengamal-media-berdepan-kesukaran-fahmi\/","title":{"rendered":"Bantuan tambahan akan diteliti kepada pengamal media berdepan kesukaran: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Seramai 405 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA sejak dilancarkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada 2023.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata lebih ramai pengamal media disasarkan untuk menerima bantuan itu menjelang sambutan HAWANA 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) Sabtu ini.<\/p>\n<p>\u201cKita akan bantu bukan sahaja lebih ramai, tetapi (termasuk) mereka yang pernah menerima sumbangan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya ada yang perlu kita santuni dan sampaikan bantuan tambahan&#8230;Saya akan minta supaya (perkara) ini diteliti,\u201d katanya kepada pemberita.<\/p>\n<p>Fahmi berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada editor foto News Straits Times (NST) Ikhwan Munir, 50, yang sedang menjalani rawatan kanser usus di Hospital Putrajaya, di sini hari ini.<\/p>\n<p>Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima Jasbant Singh.<\/p>\n<p>Fahmi berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku pengelola Tabung Kasih@HAWANA akan terus memantau keperluan bapa kepada dua anak yang berusia tujuh dan 23 tahun itu.<\/p>\n<p>\u201cSaudara (Ikhwan) kini berdepan dengan ujian kesihatan sejak beberapa minggu lepas, maka isteri tidak (boleh) bekerja. Insya-Allah, Bernama akan terus memantau untuk melihat sekiranya kita perlu memberikan apa-apa sumbangan atau bantuan selepas ini kepada saudara Ikhwan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu Fahmi berkata beliau turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Hospital Putrajaya mengenai liputan telekomunikasi dan capaian Internet di fasiliti kesihatan itu.<\/p>\n<p>\u201cMereka berpuas hati, tetapi di \u2018wing\u2019 baharu mereka mengatakan ada sedikit masalah dengan satu daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), jadi saya akan minta telco ini untuk datang dan bantu mengoptimumkan perkhidmatan mereka,\u201d katanya. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai 405 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA sejak dilancarkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada 2023. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata lebih ramai pengamal media disasarkan untuk menerima bantuan itu menjelang sambutan HAWANA 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) Sabtu ini. \u201cKita akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":669,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,344,184,474],"authors":[],"class_list":["post-668","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-hawana","tag-komunikasi","tag-pengamal-media"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/668","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=668"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/668\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":670,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/668\/revisions\/670"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/669"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=668"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=668"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=668"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=668"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}