{"id":6701,"date":"2026-01-15T06:19:33","date_gmt":"2026-01-15T06:19:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6701"},"modified":"2026-01-15T06:19:33","modified_gmt":"2026-01-15T06:19:33","slug":"dua-pegawai-kanan-atm-akan-dihadapkan-ke-mahkamah-minggu-depan-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dua-pegawai-kanan-atm-akan-dihadapkan-ke-mahkamah-minggu-depan-sprm\/","title":{"rendered":"Dua pegawai kanan ATM akan dihadapkan ke mahkamah minggu depan: SPRM"},"content":{"rendered":"<p>Dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka didakwa di mahkamah minggu hadapan berhubung kes rasuah melibatkan kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM), sekali gus menjadi antara kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian ramai.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, siasatan kes tersebut kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan dijangka siap sepenuhnya sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin ini.<\/p>\n<p>\u201cKita akan mencadangkan pertuduhan terhadap dua individu berkaitan kes ini dan tindakan selanjutnya akan ditentukan pihak pendakwaan,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM hari ini.<\/p>\n<p>Kes ini mula mencuri tumpuan apabila seorang bekas Panglima Tentera Darat dilaporkan dibebaskan daripada tahanan reman pada Isnin lalu, selepas tempoh remannya tamat.<\/p>\n<p>Dua isterinya yang turut ditahan bagi membantu siasatan sebelum ini juga telah dibebaskan.<\/p>\n<p>Untuk rekod, SPRM pada 23 Disember tahun lalu telah menjalankan siasatan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkaitan beberapa projek perolehan Tentera Darat yang dilaksanakan melalui tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ).<\/p>\n<p>Sehari kemudian, tiga individu dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, SPRM turut menyita enam akaun bank yang dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat serta ahli keluarganya.<\/p>\n<p>Langkah itu diambil bagi menjejaki aliran kewangan yang disyaki berkait dengan aktiviti rasuah melibatkan perolehan projek ketenteraan.<\/p>\n<p>Selain itu, SPRM juga menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta hasil penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur yang dipercayai milik isteri kedua bekas pegawai tertinggi Tentera Darat. Antara yang dirampas termasuk 23 utas jam tangan jenama Rolex.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka didakwa di mahkamah minggu hadapan berhubung kes rasuah melibatkan kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM), sekali gus menjadi antara kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian ramai. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, siasatan kes tersebut kini berada di peringkat akhir dan kertas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[694,115,1482,24,21,718],"authors":[],"class_list":["post-6701","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-atm","tag-azam-baki","tag-perolehan","tag-rasuah","tag-sprm","tag-tentera"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6701","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6701"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6701\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6702,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6701\/revisions\/6702"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6701"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6701"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6701"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6701"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}