{"id":6703,"date":"2026-01-15T06:25:19","date_gmt":"2026-01-15T06:25:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6703"},"modified":"2026-01-15T06:25:19","modified_gmt":"2026-01-15T06:25:19","slug":"pas-puji-akmal-anak-jantan-selepas-letak-jawatan-exco-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-puji-akmal-anak-jantan-selepas-letak-jawatan-exco-melaka\/","title":{"rendered":"PAS puji Akmal \u2018anak jantan\u2019 selepas letak jawatan Exco Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Keputusan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka mencetuskan reaksi politik apabila PAS tampil memuji langkah tersebut sebagai berprinsip dan berani.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sebagai bukti ketegasan pendirian Akmal dalam menolak kerjasama dengan DAP, yang menurutnya jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan tertentu.<\/p>\n<p>\u201cDr Akmal letak jawatan Exco Melaka kerana bantah kerjasama dengan DAP dalam kerajaan. Tahniah, inilah anak jantan. Bukan sembang kosong,\u201d kata Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Akmal mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka hari ini, namun menegaskan akan kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO, sekali gus menepis spekulasi bahawa beliau akan berundur sepenuhnya daripada parti.<\/p>\n<p>Semasa ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 di Dewan Merdeka, Akmal berkata tindakannya itu adalah bagi membuktikan beliau tidak akan lari daripada perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.<\/p>\n<p>\u201cSaya nak beritahu kepada yang tanya saya \u2018lu siapa\u2019 sebelum ini, saya nak jawab\u2026 gua ada maruah. \u2018Lu\u2019 ada maruah atau tidak?\u201d katanya disambut sorakan perwakilan.<\/p>\n<p>Beliau turut memberi amaran kepada pihak yang didakwanya sering menyerangnya serta memberi tekanan kepada Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka.<\/p>\n<p>\u201cApabila saya tidak berada dalam Exco, saya akan lawan kamu habis-habisan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, kerjasama politik antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 terus menjadi isu sensitif dalam kalangan akar umbi, khususnya melibatkan sayap Pemuda.<\/p>\n<p>Langkah Akmal ini dilihat sebagai simbol penentangan terbuka terhadap kerjasama tersebut, sekali gus menambah panas dinamika politik semasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka mencetuskan reaksi politik apabila PAS tampil memuji langkah tersebut sebagai berprinsip dan berani. Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sebagai bukti ketegasan pendirian Akmal dalam menolak kerjasama dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1131,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[724,1189,2580,114,192,126,146],"authors":[],"class_list":["post-6703","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-fadhli-shaari","tag-dr-akmal-saleh","tag-exco","tag-letak-jawatan","tag-melaka","tag-pas","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6703","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6703"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6703\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6704,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6703\/revisions\/6704"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1131"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6703"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6703"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6703"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6703"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}