{"id":6707,"date":"2026-01-15T06:32:31","date_gmt":"2026-01-15T06:32:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6707"},"modified":"2026-01-15T06:32:31","modified_gmt":"2026-01-15T06:32:31","slug":"sekatan-terhadap-aplikasi-grok-kekal-sehingga-isu-kandungan-diselesaikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sekatan-terhadap-aplikasi-grok-kekal-sehingga-isu-kandungan-diselesaikan\/","title":{"rendered":"Sekatan terhadap aplikasi Grok kekal sehingga isu kandungan diselesaikan"},"content":{"rendered":"<p>Sekatan sementara terhadap fungsi kecerdasan buatan (AI) Grok di aplikasi X hanya akan ditarik balik apabila isu penghasilan kandungan mudarat dapat diselesaikan sepenuhnya, kata Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi dan Multimedia menegaskan, pihak X perlu membuktikan bahawa kandungan berbentuk video atau imej yang boleh disalahgunakan tidak lagi dihasilkan sebelum kerajaan mempertimbangkan untuk menghapuskan sekatan itu.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya mereka berjaya menyahaktifkan dan tidak membolehkan penghasilan bahan-bahan yang dianggap \u2018online harm\u2019 atau mudarat, kerajaan akan menghentikan sekatan sementara ke atas Grok.<\/p>\n<p>\u201cKita ingin pastikan platform media sosial ini lebih selamat, terutama untuk kanak-kanak dan keluarga,\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan Centre for Responsible Technology (CERT) di Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Sekatan itu diumumkan pada 11 Januari lepas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berikutan penyalahgunaan Grok untuk menjana kandungan lucah dan eksplisit, termasuk imej manipulasi tanpa persetujuan membabitkan wanita dan kanak-kanak.<\/p>\n<p>MCMC sebelum ini telah mengeluarkan notis kawal selia kepada X Corp dan xAI LLC, namun penyalahgunaan berterusan mendorong tindakan sekatan sementara.<\/p>\n<p>Fahmi memaklumkan aplikasi X telah menyahaktifkan beberapa fungsi yang membolehkan penghasilan imej tidak sesuai, tetapi langkah itu masih belum mencukupi.<\/p>\n<p>Kerajaan memilih pendekatan kerjasama melalui jalur perundangan dan kawal selia, selaras dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, yang akan dipantau oleh Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian.<\/p>\n<p>Jawatankuasa itu merangkumi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Polis Diraja Malaysia dan wakil agensi berkaitan, bertujuan menasihati kerajaan dalam isu keselamatan digital.<\/p>\n<p>\u201cProses ini lebih positif kerana kita tidak menyekat sepenuhnya platform media sosial, sebaliknya memastikan ia tidak disalahgunakan untuk tujuan jenayah,\u201d tambah Fahmi.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan kebimbangan terhadap penggunaan Grok bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan beberapa negara Eropah.<\/p>\n<p>\u201cApabila banyak negara menyuarakan pendirian yang sama, pastinya ada sesuatu yang X perlu perhatikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekatan sementara terhadap fungsi kecerdasan buatan (AI) Grok di aplikasi X hanya akan ditarik balik apabila isu penghasilan kandungan mudarat dapat diselesaikan sepenuhnya, kata Fahmi Fadzil. Menteri Komunikasi dan Multimedia menegaskan, pihak X perlu membuktikan bahawa kandungan berbentuk video atau imej yang boleh disalahgunakan tidak lagi dihasilkan sebelum kerajaan mempertimbangkan untuk menghapuskan sekatan itu. \u201cSekiranya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6586,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,49,2882,16,405,452],"authors":[],"class_list":["post-6707","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-fahmi-fadzil","tag-grok","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-sekatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6707","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6707"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6707\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6708,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6707\/revisions\/6708"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6707"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6707"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6707"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6707"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}