{"id":6710,"date":"2026-01-16T03:34:21","date_gmt":"2026-01-16T03:34:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6710"},"modified":"2026-01-16T03:39:25","modified_gmt":"2026-01-16T03:39:25","slug":"umno-mohon-agong-ringankan-hukuman-najib-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-mohon-agong-ringankan-hukuman-najib-zahid\/","title":{"rendered":"UMNO mohon Agong ringankan hukuman Najib: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, secara terbuka merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar Shah, agar mempertimbangkan meringankan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara.<\/p>\n<p>Rayuan itu disuarakan Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, UMNO kekal setia bersama Najib dan tidak pernah beralih pendirian sejak bekas presiden parti itu berdepan proses perundangan.<\/p>\n<p>\u201cUMNO tak pernah goyang bersama Datuk Najib. Sokongan kami tidak pernah berubah,\u201d katanya disambut sorakan perwakilan.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid turut merafak sembah kepada Yang di-Pertuan Agong dengan memohon ihsan dan pertimbangan.<\/p>\n<p>\u201cUMNO telah merafak sembah, menjunjung kasih Tuanku agar insan bernama Najib Razak diberikan ihsan, pertimbangan dan keringanan untuk membolehkan beliau kembali ke pangkuan keluarga. Ampun Tuanku,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam nada penuh emosi, Ahmad Zahid turut menyampaikan salam daripada Najib kepada perwakilan yang hadir.<\/p>\n<p>Katanya, Najib sendiri menghubunginya dari penjara dalam keadaan sukar.<\/p>\n<p>\u201cBeliau menitipkan salam dengan lafaz Assalamualaikum kepada sidang perwakilan sekalian,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Najib pada 26 Disember tahun lalu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram dan empat pertuduhan salah guna kuasa berkaitan skandal kewangan 1MDB.<\/p>\n<p>Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion bagi pertuduhan salah guna kuasa, selain hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram.<\/p>\n<p>Mahkamah turut memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, menjadikan tempoh keseluruhan 15 tahun, yang akan bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman berkaitan kes SRC International.<\/p>\n<p>Jika gagal membayar denda, beliau berdepan tambahan hukuman penjara 10 tahun.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Mahkamah Tinggi pada 22 Disember menolak permohonan Najib untuk menjalani tahanan rumah, dengan Hakim Alice Yoke memutuskan titah diraja berkaitan perkara tersebut tidak sah di sisi undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, secara terbuka merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar Shah, agar mempertimbangkan meringankan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara. Rayuan itu disuarakan Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. Menurut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,147,264,121,122,24,146],"authors":[],"class_list":["post-6710","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-hukuman","tag-najib","tag-penjara","tag-rasuah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6710","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6710"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6710\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6716,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6710\/revisions\/6716"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6710"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6710"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6710"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6710"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}