{"id":6721,"date":"2026-01-16T03:54:53","date_gmt":"2026-01-16T03:54:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6721"},"modified":"2026-01-16T03:54:53","modified_gmt":"2026-01-16T03:54:53","slug":"ahli-umno-jangan-ikut-rentak-pihak-luar-asyraf-wajdi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ahli-umno-jangan-ikut-rentak-pihak-luar-asyraf-wajdi\/","title":{"rendered":"Ahli UMNO jangan ikut rentak pihak luar: Asyraf Wajdi"},"content":{"rendered":"<p>UMNO diingatkan supaya tidak terperangkap menjadi \u2018penari\u2019 kepada irama politik yang dimainkan pihak lain, sebaliknya kekal fokus membawa agenda dan perjuangan parti sendiri demi rakyat.<\/p>\n<p>Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO tidak perlu melayan provokasi atau naratif songsang yang cuba mengelirukan rakyat, sebaliknya harus yakin dengan hala tuju dan asas perjuangan yang telah dipersetujui sejak pembentukan negara.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah mereka memukul gendang mereka. Lagu dan nada UMNO jauh lebih besar maknanya.<\/p>\n<p>\u201cNyanyikan kepada rakyat kerja yang kita buat, dendangkan pencapaian kita dan pastikan rentak kita hanya demi masa depan agama, bangsa dan negara,\u201d katanya ketika menyampaikan Laporan Setiausaha Agung pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir barisan tertinggi UMNO termasuk Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti-parti komponen.<\/p>\n<p>Menurut Asyraf Wajdi, mutakhir ini wujud pihak tertentu yang menyebarkan dakwaan kononnya Islam terancam dan orang Melayu dihina, sedangkan kepimpinan UMNO kekal konsisten mempertahankan Islam, kedudukan Melayu, Bumiputera serta institusi Raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cSemua ini dipersetujui secara bertulis ketika pembentukan Kerajaan Malaysia. Itu fakta, bukan sentimen,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau mengingatkan ahli parti agar menghentikan perbalahan dalaman dan menjadikan PAU sebagai medan muhasabah, bukannya ruang meluahkan emosi atau menuding jari.<\/p>\n<p>\u201cPAU bukan tempat sentimen murahan. Kita tak mampu kawal orang lain, tapi kita mampu kawal dan memimpin parti sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebagai latar belakang, UMNO merupakan parti politik terbesar Melayu yang telah melalui pelbagai fasa cabaran sejak penubuhannya pada 1946, termasuk kekalahan pilihan raya dan perpecahan dalaman.<\/p>\n<p>Namun, Asyraf Wajdi menegaskan kekuatan sebenar UMNO terletak pada kesetiaan dan perpaduan di bawah institusi parti.<\/p>\n<p>\u201cPersoalannya sekarang, adakah kita mahu terus memelihara benteng ini atau membiarkan suara luar melemahkan kesatuan yang kita bina bersama,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO diingatkan supaya tidak terperangkap menjadi \u2018penari\u2019 kepada irama politik yang dimainkan pihak lain, sebaliknya kekal fokus membawa agenda dan perjuangan parti sendiri demi rakyat. Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO tidak perlu melayan provokasi atau naratif songsang yang cuba mengelirukan rakyat, sebaliknya harus yakin dengan hala tuju dan asas perjuangan yang telah dipersetujui [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1639,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1681,147,634,2917,610,2097,146],"authors":[],"class_list":["post-6721","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agama","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-asyraf-wajdi","tag-bangsa","tag-islam","tag-pau","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6721","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6721"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6721\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6722,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6721\/revisions\/6722"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1639"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6721"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6721"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6721"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6721"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}