{"id":6725,"date":"2026-01-16T08:24:51","date_gmt":"2026-01-16T08:24:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6725"},"modified":"2026-01-16T08:24:51","modified_gmt":"2026-01-16T08:24:51","slug":"zahid-jangan-merajuk-kembali-kuatkan-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-jangan-merajuk-kembali-kuatkan-bn\/","title":{"rendered":"Zahid: Jangan merajuk, kembali kuatkan BN"},"content":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA dan MIC agar berhenti merajuk dan kembali memperkukuh kerjasama dalam gabungan yang telah dibina sejak lebih lima dekad lalu.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid mengakui hubungan dalam BN tidak terlepas daripada konflik, namun menegaskan ia ibarat hubungan adik-beradik yang akhirnya perlu kembali bersatu.<\/p>\n<p>\u201cLidah lagi tergigit, inikan pula adik-beradik. Merajuk sekejap itu biasa, tapi janganlah merajuk lagi. Kita pun tak larat nak pujuk. Baliklah ke rumah besar ini,\u201d katanya semasa ucapan dasar di hadapan ribuan perwakilan UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Beliau juga menyeru semua parti komponen terus bersama demi rakyat dan kestabilan negara.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengakui penyertaan UMNO dalam kerajaan perpaduan telah mencetuskan ketegangan dalam kalangan parti komponen, namun menegaskan keputusan itu dibuat atas dasar kepentingan negara.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun ada keretakan, alhamdulillah hari ini semua berada di hadapan kita. Ini tanda ruang untuk bersatu masih terbuka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ucapan tersebut disampaikan di hadapan Presiden MCA, Wee Ka Siong, dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, ketika kedua-dua parti itu sebelum ini beberapa kali menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO serta hala tuju BN dalam kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>Malah, wujud bayangan MCA dan MIC mempertimbangkan untuk meninggalkan BN, termasuk kelulusan usul keluar oleh MIC di peringkat negeri.<\/p>\n<p>Untuk rekod, MCA sebelum ini memberi amaran agar BN tidak meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan, manakala MIC menangguhkan keputusan muktamad mengenai kedudukan mereka sehingga selepas sambutan Thaipusam pada 1 Februari depan.<\/p>\n<p>Namun, selepas ucapan Ahmad Zahid, Ka Siong memberi komitmen MCA terhadap BN masih kekal.<\/p>\n<p>\u201cSetakat MCA, kami adalah parti pengasas BN. Itu masih pendirian kami,\u201d katanya kepada media.<\/p>\n<p>Saravanan pula memilih untuk tidak mengulas lanjut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA dan MIC agar berhenti merajuk dan kembali memperkukuh kerjasama dalam gabungan yang telah dibina sejak lebih lima dekad lalu. Ahmad Zahid mengakui hubungan dalam BN tidak terlepas daripada konflik, namun menegaskan ia ibarat hubungan adik-beradik yang akhirnya perlu kembali bersatu. \u201cLidah lagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,180,377,146],"authors":[],"class_list":["post-6725","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-mca","tag-mic","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6725","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6725"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6725\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6726,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6725\/revisions\/6726"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6725"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6725"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6725"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6725"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}