{"id":6727,"date":"2026-01-16T08:27:12","date_gmt":"2026-01-16T08:27:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6727"},"modified":"2026-01-16T08:27:12","modified_gmt":"2026-01-16T08:27:12","slug":"perolehan-tentera-polis-dibekukan-sementara-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perolehan-tentera-polis-dibekukan-sementara-anwar\/","title":{"rendered":"Perolehan tentera, polis dibekukan sementara: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengarahkan semua keputusan perolehan melibatkan tentera, polis dan agensi berkaitan yang dikaitkan dengan isu rasuah dibekukan sementara bagi memastikan setiap proses mematuhi peraturan serta bebas daripada salah guna kuasa.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu perlu untuk memberi ruang kepada penelitian semula dan penstrukturan sistem perolehan yang dilihat masih mempunyai kelemahan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, budaya memandang ringan rasuah masih wujud dan perlu dihentikan segera.<\/p>\n<p>\u201cBudaya buruk dan merosakkan ini mesti diperbaiki segera. Kita tak boleh normalisasikan kekayaan luar biasa yang datang daripada jawatan awam,\u201d katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut menyentuh sikap segelintir pihak yang mempertahankan pemimpin lama walaupun berdepan siasatan rasuah, termasuk tokoh politik berpengaruh daripada UMNO.<\/p>\n<p>Katanya, di Parlimen sendiri, tindakan terhadap bekas menteri yang memiliki kekayaan berbilion ringgit sering menerima tentangan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan pembanterasan rasuah menuntut tekad politik yang konsisten serta kefahaman menyeluruh rakyat mengenai kesan buruk amalan itu.<\/p>\n<p>\u201cJika RM10 juta atau RM20 juta diambil secara tidak sah, wang itu sepatutnya digunakan untuk kebajikan anggota bawahan atau projek kecil yang terus beri manfaat kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>isu ini tercetus susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyita aset bernilai RM11.4 juta daripada dua kediaman bekas Panglima Tentera Darat (PTD), termasuk sebuah \u2018rumah rahsia\u2019 di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Rampasan itu melibatkan wang tunai, mata wang asing, jongkong emas, barang kemas, jam mewah serta sebuah kenderaan mewah.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dipetik berkata siasatan dijalankan menerusi Ops Parasit yang bermula 23 Disember lalu, hasil maklumat awal daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam kes sama, 75 akaun syarikat bernilai RM32.5 juta turut dibekukan.<\/p>\n<p>Anwar berkata beliau kini menunggu laporan terperinci berhubung sebarang kelompongan dalam sistem perolehan, termasuk kelulusan perbelanjaan kecil yang mudah dimanipulasi.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menghargai pendirian tegas Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, dalam menangani isu ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengarahkan semua keputusan perolehan melibatkan tentera, polis dan agensi berkaitan yang dikaitkan dengan isu rasuah dibekukan sementara bagi memastikan setiap proses mematuhi peraturan serta bebas daripada salah guna kuasa. Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu perlu untuk memberi ruang kepada penelitian semula dan penstrukturan sistem perolehan yang dilihat masih mempunyai kelemahan. Menurut beliau, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,1482,18,94,24,21,2082,718],"authors":[],"class_list":["post-6727","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-perolehan","tag-pmx","tag-polis","tag-rasuah","tag-sprm","tag-tender","tag-tentera"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6727","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6727"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6727\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6728,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6727\/revisions\/6728"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6727"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6727"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6727"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6727"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}