{"id":6729,"date":"2026-01-16T08:33:27","date_gmt":"2026-01-16T08:33:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6729"},"modified":"2026-01-16T08:33:27","modified_gmt":"2026-01-16T08:33:27","slug":"pkr-kedah-rangka-gerak-baharu-rampas-kerajaan-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-kedah-rangka-gerak-baharu-rampas-kerajaan-negeri\/","title":{"rendered":"PKR Kedah rangka gerak baharu rampas kerajaan negeri"},"content":{"rendered":"<p>PKR Kedah kini mengatur semula langkah dengan memperkemas strategi dan memperkukuh organisasi parti bagi menghadapi landskap politik semasa serta persiapan menuju pilihan raya akan datang, termasuk misi merampas semula kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Mesyuarat MPN Bilangan 1\/2026 yang berlangsung semalam menjadi platform penting untuk menilai hala tuju parti secara menyeluruh, sejajar keperluan memperkasa jentera dan kesiapsiagaan di peringkat negeri.<\/p>\n<p>Menurutnya, penstrukturan semula organisasi parti menjadi fokus utama dengan menggabungkan kepimpinan berpengalaman dan muka baharu yang progresif bagi mengukuhkan kekuatan dalaman serta meluaskan sokongan akar umbi di seluruh Kedah.<\/p>\n<p>\u201cPKR Kedah mahu bergerak lebih kemas dan tersusun. Gabungan pengalaman dan idea segar ini penting untuk memastikan parti kekal relevan dan dekat dengan denyut nadi rakyat,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun sedang dirangka, termasuk pengukuhan jentera pilihan raya di semua peringkat sebagai persediaan awal menghadapi cabaran politik yang semakin kompetitif.<\/p>\n<p>Pada masa sama, agenda kebajikan rakyat terus dijadikan teras perjuangan parti dengan penekanan terhadap isu kos sara hidup, kesejahteraan sosial dan keperluan asas.<\/p>\n<p>Mengulas konteks politik negeri, Kedah sebelum ini menyaksikan persaingan sengit antara parti-parti utama termasuk PAS dan UMNO, yang sekian lama menjadi pemain dominan.<\/p>\n<p>Justeru, PKR Kedah melihat keperluan untuk memperjelas sumbangan Kerajaan MADANI kepada rakyat negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan komunikasi yang lebih jelas dan menyeluruh perlu dilaksanakan supaya rakyat faham manfaat sebenar dasar dan inisiatif Kerajaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Selain itu, PKR Kedah menegaskan komitmen untuk terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab di DUN dengan mengamalkan semak dan imbang secara konstruktif dan berfakta.<\/p>\n<p>Tunku Nashrul berkata, politik matang dan berprinsip akan terus menjadi pegangan parti ketika melangkah ke fasa baharu perjuangan reformasi di Kedah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR Kedah kini mengatur semula langkah dengan memperkemas strategi dan memperkukuh organisasi parti bagi menghadapi landskap politik semasa serta persiapan menuju pilihan raya akan datang, termasuk misi merampas semula kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini. Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Mesyuarat MPN Bilangan 1\/2026 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6730,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[125,217,2919,727,9,2918],"authors":[],"class_list":["post-6729","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kedah","tag-mesyuarat","tag-mpn","tag-pakatan-harapan","tag-pkr","tag-tunku-nashrul-abaidah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6729","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6729"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6729\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6731,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6729\/revisions\/6731"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6730"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6729"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6729"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6729"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6729"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}