{"id":6753,"date":"2026-01-17T07:24:34","date_gmt":"2026-01-17T07:24:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6753"},"modified":"2026-01-17T07:24:34","modified_gmt":"2026-01-17T07:24:34","slug":"polis-terima-tiga-laporan-terhadap-bekas-wartawan-fmt-saifuddin-nasihat-jaga-etika","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-terima-tiga-laporan-terhadap-bekas-wartawan-fmt-saifuddin-nasihat-jaga-etika\/","title":{"rendered":"Polis terima tiga laporan terhadap bekas wartawan FMT, Saifuddin nasihat jaga etika"},"content":{"rendered":"<p>Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, ditahan bagi membantu siasatan polis susulan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung satu rakaman video wacana antarabangsa yang tular di media sosial.<\/p>\n<p>Penahanan itu berlaku selepas beliau dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, lewat tengah malam tadi.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar S Muthuvelu, berkata siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.<\/p>\n<p>Menurut beliau, kes berkenaan berkait dengan video memaparkan Rex mengemukakan soalan kepada ahli politik United Kingdom, George Galloway, dalam forum awam bertajuk \u2018Gaza: Expose The Complicity of International Actors\u2019.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, tiga laporan polis diterima dan isu ini telah menimbulkan kegusaran awam,\u201d katanya sambil menjelaskan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n<p>Kumar turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang disyaki mencetuskan hasutan atau permusuhan dalam masyarakat.<\/p>\n<p>Kes ini mencetuskan perhatian ramai kerana ia melibatkan isu Palestin yang sensitif serta perbandingan dengan isu perkauman di Malaysia.<\/p>\n<p>Rakaman tersebut menerima reaksi bercampur-baur, termasuk kritikan keras dan sokongan terhadap kebebasan bersuara.<\/p>\n<p>FMT sebelum ini mengesahkan Rex telah meletakkan jawatan dan menegaskan pandangan yang dibangkitkan tidak mewakili pendirian organisasi itu, selain turut memohon maaf secara terbuka.<\/p>\n<p>Di Kulim, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Rex akan dibebaskan selepas rakaman percakapan selesai diambil.<\/p>\n<p>\u201cSelepas dibebaskan, beliau boleh dipanggil semula pada bila-bila masa sekiranya diperlukan untuk melengkapkan siasatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Saifuddin mengingatkan kebebasan bersuara adalah hak yang perlu dihormati, namun mesti datang bersama tanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cKebebasan itu bukan lesen untuk melampaui batas, terutamanya bagi pengamal media yang mempunyai pengaruh besar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, apabila aduan dibuat, polis wajib mengambil tindakan sebagai sebahagian daripada proses undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan, ditahan bagi membantu siasatan polis susulan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung satu rakaman video wacana antarabangsa yang tular di media sosial. Penahanan itu berlaku selepas beliau dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, lewat tengah malam tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6713,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1213,2914,2925,94,2924,23,345],"authors":[],"class_list":["post-6753","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bukit-aman","tag-fmt","tag-m-kumar-s-muthuvelu","tag-polis","tag-rex-tan","tag-siasatan","tag-wartawan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6753","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6753"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6753\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6754,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6753\/revisions\/6754"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6713"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6753"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}