{"id":6770,"date":"2026-01-18T05:22:44","date_gmt":"2026-01-18T05:22:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6770"},"modified":"2026-01-18T05:22:44","modified_gmt":"2026-01-18T05:22:44","slug":"budaya-yeye-15-pegawai-atm-akan-dihadapkan-ke-mahkamah-tentera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/budaya-yeye-15-pegawai-atm-akan-dihadapkan-ke-mahkamah-tentera\/","title":{"rendered":"Budaya \u2018Yeye\u2019: 15 pegawai ATM akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Pertahanan mengesahkan seramai 15 pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berdepan tindakan tegas termasuk pendakwaan di Mahkamah Tentera selepas dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral yang dikenali sebagai budaya \u2018Yeye\u2019 di dalam kem tentera.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata kementeriannya tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan imej dan nilai teras ketenteraan, sama ada membabitkan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia.<\/p>\n<p>Menurut beliau, ATM mempunyai peraturan disiplin yang jelas dan setiap pelanggaran akan disiasat secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cKita ada sistem dan proses yang telus. Jika berlaku pelanggaran disiplin, siasatan dalaman akan dibuat terlebih dahulu sebelum kes dibawa ke Mahkamah Tentera,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Di Mahkamah Tentera, mereka akan diberi ruang untuk menjawab pertuduhan dan keadilan akan ditegakkan sebelum sebarang hukuman diputuskan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan pengesahan Panglima Tentera Darat, Jeneral Azhan Md Othman, yang memaklumkan 15 pegawai dikenal pasti terbabit dalam budaya \u2018Yeye\u2019 yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Isu berkenaan mencetuskan kebimbangan awam kerana ia didakwa melibatkan gaya hidup hedonistik dan tingkah laku tidak selari dengan etika ketenteraan.<\/p>\n<p>Adly berkata, walaupun perubahan budaya dalam organisasi besar seperti ATM memerlukan masa, prinsip integriti dan disiplin tidak boleh dikompromi.<\/p>\n<p>\u201cBudaya hedonisme langsung tidak ada tempat dalam ATM. Ini selari dengan peringatan Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, yang mahu warga pertahanan kekal berteraskan nilai profesionalisme dan amanah,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan sama ada kes itu bersifat terpencil atau sebaliknya, tindakan akan tetap diambil mengikut peraturan sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cJika ia bukan budaya kita, kita akan betulkan. ATM mesti kekal sebagai institusi yang dihormati dan dipercayai rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Adly menghadiri Majlis Makan Malam Yee Sang sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Permai Machap Umboo Baru, Alor Gajah, sambil menekankan komitmen berterusan kementerian untuk memperkukuh budaya berintegriti dalam kalangan warga ATM.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pertahanan mengesahkan seramai 15 pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berdepan tindakan tegas termasuk pendakwaan di Mahkamah Tentera selepas dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral yang dikenali sebagai budaya \u2018Yeye\u2019 di dalam kem tentera. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata kementeriannya tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan imej dan nilai teras ketenteraan, sama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6602,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2933,694,58,2838,267,718,2932],"authors":[],"class_list":["post-6770","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-adly-zahari","tag-atm","tag-mahkamah","tag-mindef","tag-parti","tag-tentera","tag-yeye"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6770","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6770"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6770\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6771,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6770\/revisions\/6771"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6602"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6770"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6770"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6770"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6770"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}