{"id":6778,"date":"2026-01-18T09:10:31","date_gmt":"2026-01-18T09:10:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6778"},"modified":"2026-01-18T09:10:31","modified_gmt":"2026-01-18T09:10:31","slug":"loke-tegur-sikap-pura-pura-umno-enggan-mengaku-kerjasama-dengan-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/loke-tegur-sikap-pura-pura-umno-enggan-mengaku-kerjasama-dengan-dap\/","title":{"rendered":"Loke tegur sikap \u2018pura-pura\u2019 UMNO enggan mengaku kerjasama dengan DAP"},"content":{"rendered":"<p>Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menegur sikap segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan enggan mengakui realiti kerjasama politik antara kedua-dua parti dalam pembentukan kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>Menurut Loke, kenyataan pemimpin terbabit yang menafikan hubungan dengan DAP bukan sahaja mengelirukan, malah bercanggah dengan fakta kerjasama yang telah berlaku secara terbuka, termasuk dalam pilihan raya lalu.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan DAP pernah menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua di Selangor kepada UMNO sebagai bukti keikhlasan dalam kerjasama tersebut.<\/p>\n<p>\u201cItu pun sudah menunjukkan keikhlasan kita. Tapi ada pula yang kata tidak pernah bekerjasama dengan DAP.<\/p>\n<p>\u201cIni langsung tidak masuk akal,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Selangor, hari ini.<\/p>\n<p>Loke menegaskan DAP tidak pernah berselindung dalam soal kerjasama politik dan sentiasa berterus terang kepada penyokong mengenai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>Malah, katanya, jentera DAP turut berkempen membantu calon UMNO dalam pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cKita cakap terus terang kepada penyokong bahawa kita bekerjasama dengan UMNO. Kita berkempen untuk UMNO. Jadi jangan tipu diri sendiri dan jangan tipu pengundi,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Mengulas soal pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang, Loke menegaskan DAP akan terus mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu berdasarkan prinsip penyandang.<\/p>\n<p>Menurutnya, prinsip itu penting bagi memastikan keadilan dan kestabilan dalam gabungan.<\/p>\n<p>\u201cMana hak DAP, kita akan bertanding. Kita tak halang parti lain, dan kita harap parti lain pun tak halang DAP. Kalau kita nak bergerak sebagai satu gabungan, pembahagian kerusi mesti berasaskan prinsip,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, kerjasama antara PH dan BN terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 bagi memastikan kestabilan politik negara, dengan DAP dan UMNO menjadi antara tunjang utama kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri.<\/p>\n<p>Dalam konteks itu, Loke menegaskan kejujuran dan konsistensi politik adalah kunci untuk mengekalkan kepercayaan rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menegur sikap segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan enggan mengakui realiti kerjasama politik antara kedua-dua parti dalam pembentukan kerajaan perpaduan. Menurut Loke, kenyataan pemimpin terbabit yang menafikan hubungan dengan DAP bukan sahaja mengelirukan, malah bercanggah dengan fakta kerjasama yang telah berlaku secara terbuka, termasuk dalam pilihan raya lalu. Beliau mengingatkan DAP [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6294,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,63,409,824,100,285,548,146],"authors":[],"class_list":["post-6778","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-dap","tag-dun","tag-kerjasama","tag-kerusi","tag-madani","tag-pru","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6778","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6778"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6778\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6779,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6778\/revisions\/6779"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6294"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6778"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6778"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6778"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6778"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}