{"id":6797,"date":"2026-01-19T04:25:32","date_gmt":"2026-01-19T04:25:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6797"},"modified":"2026-01-19T04:25:32","modified_gmt":"2026-01-19T04:25:32","slug":"kalau-ada-yang-tidak-terima-bahasa-melayu-lebih-baik-jangan-duduk-di-malaysia-agong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kalau-ada-yang-tidak-terima-bahasa-melayu-lebih-baik-jangan-duduk-di-malaysia-agong\/","title":{"rendered":"Kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong"},"content":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri serta masa depan Malaysia, dengan Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa utama selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.<\/p>\n<p>Bertitah semasa pembukaan persidangan Parlimen hari ini, Baginda menekankan sebarang cadangan membentuk sistem pendidikan baharu mesti mematuhi kerangka kebangsaan yang telah dipersetujui sejak sekian lama.<\/p>\n<p>Menurut Baginda, bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, tetapi simbol penyatuan rakyat berbilang kaum.<\/p>\n<p>\u201cJika nak buat sistem pendidikan yang baharu, ia mestilah selari dengan dasar pendidikan kebangsaan. Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah bahasa kebangsaan,\u201d titah Baginda.<\/p>\n<p>Sultan Ibrahim turut mengingatkan sebarang pengiktirafan terhadap sistem pendidikan lain perlu menerima penggunaan Bahasa Melayu serta pengajaran sejarah Malaysia sebagai asas.<\/p>\n<p>Baginda menyuarakan pendirian tegas bahawa penolakan terhadap bahasa kebangsaan bercanggah dengan semangat kenegaraan.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,\u201d titah Baginda.<\/p>\n<p>Dalam menyentuh isu perpaduan nasional, Seri Paduka Baginda mengajak semua pihak kembali menghayati semangat asal penubuhan negara menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Persekutuan.<\/p>\n<p>Menurut Baginda, perpaduan, saling menghormati dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu terus dipelihara.<\/p>\n<p>\u201cIa telah menyatukan kita sebagai sebuah negara. Kita perlu kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia,\u201d titah Baginda sambil mengingatkan ahli-ahli Dewan agar lebih berhati-hati dan tidak menghasut sehingga mencetuskan ketegangan antara wilayah.<\/p>\n<p>Baginda menegaskan perbezaan pandangan harus diselesaikan secara matang, tanpa kebencian atau syak wasangka, dengan hak-hak negeri terus dihormati, namun kepentingan negara secara keseluruhan mesti diutamakan.<\/p>\n<p>Sultan Ibrahim turut mengingatkan setiap perbahasan, keputusan dan undian di Dewan memberi kesan langsung kepada masa depan negara.<\/p>\n<p>\u201cLaksanakan tugas ini dengan penuh amanah, bijaksana dan tanggungjawab demi seluruh rakyat,\u201d titah Baginda.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri serta masa depan Malaysia, dengan Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa utama selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bertitah semasa pembukaan persidangan Parlimen hari ini, Baginda menekankan sebarang cadangan membentuk sistem pendidikan baharu mesti mematuhi kerangka kebangsaan yang telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6798,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2678,309,973,216,262,2942],"authors":[],"class_list":["post-6797","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bahasa-melayu","tag-parlimen","tag-pendidikan","tag-sistem","tag-titah","tag-yang-di-pertuan-agong-sultan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6797","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6797"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6797\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6799,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6797\/revisions\/6799"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6798"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6797"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6797"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6797"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6797"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}