{"id":6808,"date":"2026-01-19T07:41:39","date_gmt":"2026-01-19T07:41:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6808"},"modified":"2026-01-19T07:41:39","modified_gmt":"2026-01-19T07:41:39","slug":"akmal-sokong-titah-agong-berhubung-isu-bahasa-melayu-persoal-isu-uec","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-sokong-titah-agong-berhubung-isu-bahasa-melayu-persoal-isu-uec\/","title":{"rendered":"Akmal sokong titah Agong berhubung isu bahasa Melayu, persoal isu UEC"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, tampil menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan Bahasa Melayu mesti kekal sebagai bahasa kebangsaan dan teras utama dalam sistem pendidikan negara.<\/p>\n<p>Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menyifatkan titah tersebut sebagai jelas dan berprinsip, khususnya dalam menjawab perdebatan berpanjangan berkaitan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).<\/p>\n<p>\u201cDaulat Tuanku. Titah ini sangat jelas. Kalau tidak terima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, lebih baik jangan duduk di Malaysia,\u201d katanya dalam satu kenyataan di media sosial.<\/p>\n<p>Menurut beliau, sebarang cadangan untuk mengiktiraf sistem pendidikan baharu tidak boleh bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai asas pembinaan negara bangsa.<\/p>\n<p>Pandangan itu selari dengan titah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat pada Isnin.<\/p>\n<p>Dalam titah berkenaan, Sultan Ibrahim bertitah jika mahu membangunkan atau mengiktiraf sistem pendidikan lain, ia mesti selari dengan dasar sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cBahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia adalah Bahasa Kebangsaan. Sebarang usul mengiktiraf apa juga sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan Sejarah,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda turut menegaskan, \u201cKalau ada yang tidak terima, lebih baik jangan duduk di Malaysia.\u201d<\/p>\n<p>Isu UEC bukan perkara baharu dalam landskap politik negara dan sering mencetuskan perbahasan hangat melibatkan soal perpaduan, identiti nasional dan keadilan pendidikan.<\/p>\n<p>Sijil UEC digunakan oleh sekolah menengah persendirian Cina dan sehingga kini belum diiktiraf oleh kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan parti itu bercadang memohon pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bagi membincangkan isu pengiktirafan UEC.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, tampil menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan Bahasa Melayu mesti kekal sebagai bahasa kebangsaan dan teras utama dalam sistem pendidikan negara. Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menyifatkan titah tersebut sebagai jelas dan berprinsip, khususnya dalam menjawab perdebatan berpanjangan berkaitan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2944,1189,10,171,973,2666,146],"authors":[],"class_list":["post-6808","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bahasa","tag-dr-akmal-saleh","tag-melayu","tag-pemuda","tag-pendidikan","tag-uec","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6808","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6808"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6808\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6809,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6808\/revisions\/6809"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6808"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6808"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6808"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6808"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}