{"id":6823,"date":"2026-01-20T06:50:42","date_gmt":"2026-01-20T06:50:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6823"},"modified":"2026-01-20T06:51:05","modified_gmt":"2026-01-20T06:51:05","slug":"kerajaan-tegas-banteras-ekonomi-gelap-libatkan-kartel-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-tegas-banteras-ekonomi-gelap-libatkan-kartel-pmx\/","title":{"rendered":"Kerajaan tegas banteras ekonomi gelap libatkan kartel: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan komitmen penuh untuk membanteras kegiatan ekonomi gelap termasuk penyeludupan dan aktiviti kartel yang sekian lama berakar dalam sistem negara, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri mengakui usaha tersebut bukan sesuatu yang mudah atau boleh diselesaikan dalam masa singkat kerana melibatkan kelemahan sistemik yang telah berlarutan selama puluhan tahun.<\/p>\n<p>Namun, menurutnya, langkah tegas sudah pun digerakkan sejak dua tahun lalu oleh pelbagai agensi penguat kuasa.<\/p>\n<p>\u201cBeberapa kelompok kartel, termasuk yang sering dikaitkan dengan ekonomi gelap seperti di Pelabuhan Klang, telah lama dibiarkan mengikut rekod. Tetapi sekarang tindakan sudah diambil,\u201d katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saifulruddin Wan Jan, di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Anwar berkata, agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mempergiat penguatkuasaan, termasuk menggunakan peruntukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).<\/p>\n<p>\u201cDisebabkan sistem yang rosak dan bobrok ini bersifat sistemik, ia memang ambil masa. Tapi saya beri jaminan, kerajaan akan laporkan kepada Parlimen langkah-langkah yang sedang dan akan diambil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas laporan Index of Economic Freedom 2025 oleh Heritage Foundation yang meletakkan Malaysia sebagai ekonomi \u2018sederhana bebas\u2019, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengingatkan supaya laporan tersebut dilihat secara kritikal.<\/p>\n<p>\u201cHeritage Foundation ini dikenali sebagai badan neokonservatif berhaluan kanan.<\/p>\n<p>\u201cTidak salah untuk kita teliti laporan mereka, tetapi kita juga perlu faham kecenderungan mereka yang sering berprasangka terhadap negara Islam dan negara membangun,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menyifatkan kritikan berhubung kerenah birokrasi, ekonomi gelap dan penyeludupan sebagai sesuatu yang wajar diberi perhatian.<\/p>\n<p>Untuk rekod, isu ekonomi gelap termasuk penyeludupan dan pengelakan cukai sering dikaitkan dengan ketirisan hasil negara serta menjejaskan keyakinan pelabur.<\/p>\n<p>Kerajaan Madani sebelum ini menegaskan agenda reformasi institusi dan tadbir urus bersih sebagai teras pemulihan ekonomi jangka panjang negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan memberi jaminan komitmen penuh untuk membanteras kegiatan ekonomi gelap termasuk penyeludupan dan aktiviti kartel yang sekian lama berakar dalam sistem negara, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri mengakui usaha tersebut bukan sesuatu yang mudah atau boleh diselesaikan dalam masa singkat kerana melibatkan kelemahan sistemik yang telah berlarutan selama puluhan tahun. Namun, menurutnya, langkah tegas sudah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1681,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2955,170,68,2954,2953,2530,132,18],"authors":[],"class_list":["post-6823","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amla","tag-anwar-ibrahim","tag-ekonomi","tag-gelap","tag-kartel","tag-kastam","tag-lhdn","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6823","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6823"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6823\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6824,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6823\/revisions\/6824"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1681"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6823"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6823"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6823"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6823"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}