{"id":6825,"date":"2026-01-20T06:54:18","date_gmt":"2026-01-20T06:54:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6825"},"modified":"2026-01-20T06:54:18","modified_gmt":"2026-01-20T06:54:18","slug":"patuh-titah-agong-johari-nasihat-ahli-parlimen-jaga-disiplin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/patuh-titah-agong-johari-nasihat-ahli-parlimen-jaga-disiplin\/","title":{"rendered":"Patuh titah Agong, Johari nasihat Ahli Parlimen jaga disiplin"},"content":{"rendered":"<p>Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya menjaga disiplin, adab dan mematuhi peraturan mesyuarat sepanjang persidangan Parlimen, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan institusi Parlimen perlu dihormati dan setiap wakil rakyat wajib memainkan peranan secara bertanggungjawab ketika berbahas atau mengambil bahagian dalam prosiding Dewan.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan tegas boleh diambil sekiranya peraturan tidak dipatuhi.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap Ahli Yang Berhormat berpegang teguh kepada prinsip kesopanan dan kesusilaan seperti yang telah diikrarkan apabila berada dalam Dewan yang mulia ini,\u201d katanya ketika sesi Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Johari berkata, titah Diraja yang disampaikan Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 semalam menjadi peringatan jelas tentang amanah besar yang digalas oleh Ahli Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, saya sekali lagi mengingatkan Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Saya dan timbalan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika peraturan ini dilanggar,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p>Semalam, Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan Ahli Parlimen dan penjawat awam agar tidak mengkhianati negara dengan menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau melindungi perasuah.<\/p>\n<p>Titah tersebut dilihat sebagai seruan tegas ke arah pentadbiran yang berintegriti dan telus, seiring tuntutan rakyat yang mahukan reformasi dan akauntabiliti.<\/p>\n<p>Selain itu, Johari juga memaklumkan bahawa buat pertama kali, persidangan Kamar Khas akan diadakan di Dewan Persidangan bermula hari ini bagi meningkatkan keselesaan Ahli Parlimen, pegawai, pelawat serta pengamal media.<\/p>\n<p>Beliau turut menggalakkan wakil rakyat menjemput penduduk kawasan masing-masing untuk mengikuti persidangan tersebut secara langsung di Parlimen atau menerusi siaran YouTube Parlimen Malaysia.<\/p>\n<p>Katanya, Kamar Khas sering membangkitkan isu setempat yang dekat dengan kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Johari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya menjaga disiplin, adab dan mematuhi peraturan mesyuarat sepanjang persidangan Parlimen, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Beliau menegaskan institusi Parlimen perlu dihormati dan setiap wakil rakyat wajib memainkan peranan secara bertanggungjawab ketika berbahas atau mengambil bahagian dalam prosiding Dewan. Menurutnya, tindakan tegas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2196,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[265,107,947,948,697,90,262],"authors":[],"class_list":["post-6825","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agong","tag-ahli-parlimen","tag-dewan-rakyat","tag-johari-abdul","tag-speaker","tag-sultan-ibrahim","tag-titah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6825","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6825"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6825\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6826,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6825\/revisions\/6826"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2196"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6825"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6825"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6825"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6825"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}