{"id":6829,"date":"2026-01-20T07:04:11","date_gmt":"2026-01-20T07:04:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6829"},"modified":"2026-01-20T07:04:11","modified_gmt":"2026-01-20T07:04:11","slug":"art-malaysia-as-masih-dalam-rundingan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/art-malaysia-as-masih-dalam-rundingan-pmx\/","title":{"rendered":"ART Malaysia-AS masih dalam rundingan: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia belum mengemukakan sebarang pemberitahuan bertulis kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) kerana kandungan perjanjian itu masih dalam fasa rundingan dan belum dimuktamadkan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata kerajaan masih mempunyai ruang dan masa untuk meneliti pengisian ART sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.<\/p>\n<p>Menurut beliau, perjanjian berkenaan juga belum berkuat kuasa kerana tarikh akhir untuk dimuktamadkan masih belum ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cKita masih di peringkat rundingan. Bila ada perjanjian, biasanya akan ditetapkan tarikh akhir. Setakat ini, ia belum sampai ke tahap itu,\u201d katanya ketika menjawab soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan perkara itu selepas ditanya sama ada Malaysia sudah menghantar notis bertulis kepada AS berkaitan ART.<\/p>\n<p>Anwar turut memaklumkan telah berhubung dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta beberapa saluran lain, termasuk Wakil Perdagangan AS, bagi mendapatkan penjelasan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cAda jaminan yang diberikan dalam mesyuarat dan direkodkan, tetapi kita berpandangan lebih baik jaminan itu dibuat secara bertulis atau dimasukkan sebagai lampiran perjanjian.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini masih belum dimuktamadkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu ART kembali menjadi perhatian selepas Jabatan Peguam Negara sebelum ini memaklumkan Malaysia mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian itu pada bila-bila masa melalui pemberitahuan bertulis, selaras dengan peruntukan Perkara 7.5 ART, tanpa memerlukan persetujuan AS.<\/p>\n<p>Langkah itu, menurut AGC, bertujuan melindungi kedaulatan dan kepentingan negara.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Anwar memberi jaminan kerajaan masih boleh mencadangkan penambahbaikan, penyesuaian atau penjelasan terhadap beberapa klausa dalam perjanjian tersebut.<\/p>\n<p>Katanya, perkara itu akan dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>\u201cPenguatkuasaan belum berlaku kerana masih ada ruang untuk jawab balas dan tiada jadual tamat ditetapkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, ART 2025 ditandatangani antara Malaysia dan AS pada 26 Oktober lalu, bersama perjanjian mineral kritikal, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Perjanjian itu antara lain menurunkan kadar tarif purata daripada 25 peratus kepada 19 peratus serta memperluas akses pasaran bagi eksport utama Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia belum mengemukakan sebarang pemberitahuan bertulis kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) kerana kandungan perjanjian itu masih dalam fasa rundingan dan belum dimuktamadkan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata kerajaan masih mempunyai ruang dan masa untuk meneliti pengisian ART sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat. Menurut beliau, perjanjian berkenaan juga belum berkuat kuasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6830,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[821,170,2214,2200,2246,18],"authors":[],"class_list":["post-6829","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika-syarikat","tag-anwar-ibrahim","tag-art","tag-perjanjian","tag-perjanjian-perdagangan-timbal-balas","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6829","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6829"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6829\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6831,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6829\/revisions\/6831"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6830"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6829"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6829"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6829"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6829"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}