{"id":6832,"date":"2026-01-20T07:09:06","date_gmt":"2026-01-20T07:09:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6832"},"modified":"2026-01-20T07:09:06","modified_gmt":"2026-01-20T07:09:06","slug":"sprm-panggil-sembilan-individu-berkait-dakwaan-skandal-ijm-azam-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-panggil-sembilan-individu-berkait-dakwaan-skandal-ijm-azam-baki\/","title":{"rendered":"SPRM panggil sembilan individu berkait dakwaan skandal IJM: Azam Baki"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil sembilan individu termasuk dua pengurusan tertinggi IJM Corporation bagi membantu siasatan dakwaan skim pengubahan wang haram bernilai sehingga RM2.5 bilion.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata semua individu terbabit dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bermula jam 10 pagi tadi selepas pihaknya menghubungi wakil berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah panggil mereka dan pihak berkenaan memberi kerjasama. Dua pengurusan tertinggi akan hadir untuk ditemu bual hari ini. Tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih di peringkat awal,\u201d katanya selepas Majlis Penyerahan Projek dan Perasmian Pusat Latihan Asas Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Bandar Enstek.<\/p>\n<p>Menurut Azam, siasatan membabitkan isu korporat yang kompleks dan memerlukan penelitian mendalam terhadap dokumen serta transaksi kewangan, justeru orang ramai diminta bersabar.<\/p>\n<p>\u201cBeri kami masa. Ini bukan siasatan yang boleh diselesaikan dalam sehari. Ia melibatkan struktur korporat dan transaksi besar, jadi kita perlu teliti satu demi satu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan dakwaan tidak berasas di media sosial dan blog.<\/p>\n<p>\u201cBanyak maklumat di luar sana yang tidak tepat. Jangan buat kesimpulan awal kerana siasatan baru sahaja bermula,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Siasatan ini tercetus susulan laporan pihak berkuasa United Kingdom, melalui Serious Fraud Office, melancarkan siasatan berkaitan dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah membabitkan transaksi pelaburan bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan beberapa eksekutif syarikat tempatan.<\/p>\n<p>Kes ini juga muncul ketika IJM berada dalam tumpuan berikutan cadangan pengambilalihan oleh Sunway Group menerusi urus niaga bernilai kira-kira RM11 bilion, sekali gus mencetuskan perhatian pasaran dan pemerhati korporat.<\/p>\n<p>SPRM menegaskan komitmen untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh selaras dengan undang-undang, tanpa mengira status atau kedudukan mana-mana pihak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil sembilan individu termasuk dua pengurusan tertinggi IJM Corporation bagi membantu siasatan dakwaan skim pengubahan wang haram bernilai sehingga RM2.5 bilion. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata semua individu terbabit dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bermula jam 10 pagi tadi selepas pihaknya menghubungi wakil berkaitan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6833,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[115,2956,625,24,2957,21],"authors":[],"class_list":["post-6832","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azam-baki","tag-ijm","tag-pengubahan-wang-haram","tag-rasuah","tag-serious-fraud-office","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6832","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6832"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6832\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6834,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6832\/revisions\/6834"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6833"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6832"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6832"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6832"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6832"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}