{"id":6856,"date":"2026-01-20T10:56:29","date_gmt":"2026-01-20T10:56:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6856"},"modified":"2026-01-20T10:56:29","modified_gmt":"2026-01-20T10:56:29","slug":"bm-dan-sejarah-kini-wajib-untuk-semua-aliran-sekolah-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bm-dan-sejarah-kini-wajib-untuk-semua-aliran-sekolah-anwar\/","title":{"rendered":"BM dan Sejarah kini wajib untuk semua aliran sekolah: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Semua aliran sekolah di Malaysia, termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama dan sekolah aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selaras dengan usaha kerajaan menyatukan ekosistem pendidikan negara.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada lagi pengecualian dalam perkara itu kerana kedua-dua subjek berkenaan adalah asas penting pembinaan negara dan identiti kebangsaan.<\/p>\n<p>\u201cTanpa kecuali, semua wajib mengambil ujian Bahasa Melayu SPM dan juga Sejarah Malaysia. Ini termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sekolah aliran UEC,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026\u20132035, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, langkah itu juga bertujuan menamatkan polemik lama berkaitan laluan pelajar dari sistem pendidikan bukan arus perdana ke pendidikan tinggi.<\/p>\n<p>\u201cDengan kaedah ini, laluan ke pendidikan tinggi tidak lagi perlu jadi isu berpanjangan. Kita terima semua aliran, asalkan syarat asas ini dipenuhi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu pengiktirafan UEC dan perbezaan sistem pendidikan sering menjadi perdebatan kerana melibatkan bahasa pengantar dan kurikulum yang tidak sepenuhnya selari dengan sistem kebangsaan.<\/p>\n<p>Kerajaan kini memilih pendekatan menyeluruh dengan menetapkan keperluan minimum yang sama untuk semua.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Anwar juga memaklumkan di peringkat universiti, mata pelajaran umum yang telah dirombak akan diperkenalkan dan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu kepada pelajar Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cSubjek Perlembagaan dan Sejarah Malaysia akan dimasukkan dalam kurikulum universiti awam dan swasta bagi memastikan pelajar faham asas negara walau apa pun bidang pengajian mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, kerajaan turut memberi perhatian kepada kebajikan mahasiswa dengan menyediakan 5,000 tempat penginapan tambahan bermula tahun ini.<\/p>\n<p>\u201cIsu tempat tinggal pelajar ini nyata membebankan. Kita tak boleh biarkan kos sewa terus menghimpit mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar jgua berkata syarikat pelaburan berkaitan kerajaan akan bekerjasama dengan universiti untuk membangunkan kemudahan tersebut.<\/p>\n<p>Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir menegaskan isu UEC tidak boleh dilihat secara terpisah.<\/p>\n<p>\u201cSemua sistem pendidikan di luar sistem kebangsaan perlu memenuhi prasyarat yang sama, iaitu pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia. Pendekatan ini lebih adil dan menyeluruh,\u201d katanya pada sidang media selepas majlis sama.<\/p>\n<p>Rancangan Pendidikan Negara 2026\u20132035 merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara dan dilaksanakan bersama oleh Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pendidikan Tinggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua aliran sekolah di Malaysia, termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama dan sekolah aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selaras dengan usaha kerajaan menyatukan ekosistem pendidikan negara. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada lagi pengecualian dalam perkara itu kerana kedua-dua subjek berkenaan adalah asas penting [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6857,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,2964,973,18,2937,1619,677],"authors":[],"class_list":["post-6856","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bm","tag-pendidikan","tag-pmx","tag-rancangan-pendidikan-negara","tag-sejarah","tag-zambry-abd-kadir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6856","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6856"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6856\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6858,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6856\/revisions\/6858"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6857"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6856"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6856"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6856"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6856"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}