{"id":6867,"date":"2026-01-21T04:47:28","date_gmt":"2026-01-21T04:47:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6867"},"modified":"2026-01-21T04:47:28","modified_gmt":"2026-01-21T04:47:28","slug":"spr-tunggu-tamat-tempoh-sebelum-persempadanan-baharu-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/spr-tunggu-tamat-tempoh-sebelum-persempadanan-baharu-azalina\/","title":{"rendered":"SPR tunggu tamat tempoh sebelum persempadanan baharu: Azalina"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan membuat keputusan sama ada kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilaksanakan selepas tamat tempoh lapan tahun yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan, kata Azalina Othman Said.<\/p>\n<p>Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu, selain tamat tempoh lapan tahun, satu lagi faktor penting yang boleh mencetuskan kajian semula ialah pindaan undang-undang melibatkan perubahan bilangan Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>\u201cBagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, tempoh lapan tahun bagi kajian persempadanan sebelum ini akan berakhir pada 9 Mac.<\/p>\n<p>\u201cSebarang keputusan untuk memulakan kajian baharu hanya akan ditentukan oleh SPR selepas tempoh itu tamat,\u201d katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, yang disiarkan di laman web Parlimen.<\/p>\n<p>Mengulas situasi di Sarawak, Azalina berkata tempoh lapan tahun bagi negeri itu telah berakhir pada 21 Ogos 2023 dan SPR kini sedang menyediakan syor kajian semula persempadanan.<\/p>\n<p>Proses ini, jelasnya, akan mengambil kira penambahan 17 kerusi DUN Sarawak yang diluluskan pada Julai 2025 dan dikuatkuasakan Ogos tahun sama.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah sebahagian daripada proses yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi Sabah pula, tempoh lapan tahun kajian persempadanan telah berakhir pada 21 Februari 2025.<\/p>\n<p>Namun, SPR belum membuat keputusan untuk memulakan kajian kerana Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru sahaja selesai.<\/p>\n<p>\u201cSPR perlu mengambil kira kestabilan proses pilihan raya sebelum memulakan kajian baharu,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Sebagai latar belakang, kajian persempadanan semula bertujuan memastikan pembahagian kawasan pilihan raya kekal relevan dengan perubahan demografi, pembangunan dan keperluan pentadbiran.<\/p>\n<p>Azalina menegaskan SPR menjalankan tugas ini berpandukan Jadual Ketiga Belas dan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cPrinsip utama termasuk memudahkan pengundi keluar mengundi, memastikan kawasan tidak merentasi sempadan negeri, serta mengambil kira keluasan dan cabaran geografi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, SPR turut menilai faktor seperti pertumbuhan pemilih, hubungan komuniti tempatan, infrastruktur dan akses rakyat kepada wakil mereka supaya sistem perwakilan kekal adil dan berfungsi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan membuat keputusan sama ada kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilaksanakan selepas tamat tempoh lapan tahun yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan, kata Azalina Othman Said. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu, selain tamat tempoh lapan tahun, satu lagi faktor penting yang boleh mencetuskan kajian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[356,1456,309,2613,1394],"authors":[],"class_list":["post-6867","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-adun","tag-azalina-othman-said","tag-parlimen","tag-persempadanan","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6867","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6867"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6869,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6867\/revisions\/6869"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6867"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}