{"id":6870,"date":"2026-01-21T07:43:51","date_gmt":"2026-01-21T07:43:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6870"},"modified":"2026-01-21T07:43:51","modified_gmt":"2026-01-21T07:43:51","slug":"kes-rasuah-pilih-kasih-hasan-karim-persoal-ketelusan-siasatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-rasuah-pilih-kasih-hasan-karim-persoal-ketelusan-siasatan\/","title":{"rendered":"Kes rasuah pilih kasih? Hasan Karim persoal ketelusan siasatan"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim membangkitkan persoalan serius mengenai ketelusan siasatan kes rasuah apabila mendakwa wujud persepsi dalam kalangan rakyat bahawa tidak semua kes diberi layanan sama oleh pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Beliau berkata, walaupun kerajaan sering menegaskan komitmen untuk memerangi rasuah, realitinya di mata awam menunjukkan ada kes yang disiasat dan didakwa dengan pantas, manakala sebahagian lagi kelihatan perlahan atau langsung tidak bergerak.<\/p>\n<p>Situasi itu, menurutnya, memberi kesan kepada keyakinan rakyat serta prestasi negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang masih belum menunjukkan peningkatan ketara.<\/p>\n<p>\u201cPersepsi di luar sana melihat ada kes cepat disiasat, ada kes lambat disiasat, kadang-kadang tidak disiasat langsung. Ada kes cepat dituduh, ada kes tidak dituduh,\u201d katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Hasan turut menyentuh tanggapan kes melibatkan pihak di luar kerajaan sering disiasat lebih pantas berbanding kes yang dikaitkan dengan pihak berkepentingan dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Namun, beliau mengakui tidak adil untuk menyalahkan kerajaan semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cContohnya, Perdana Menteri arah pembekuan perolehan ATM dan PDRM berkaitan isu rasuah. Itu menunjukkan kerajaan bukan berdiam diri,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Isu itu timbul susulan celahan Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee, yang membangkitkan kes cari gali mineral di Sabah, di mana hanya dua daripada 14 individu disiasat didakwa setakat ini.<\/p>\n<p>Mengulas lebih lanjut, Hasan mengaitkan perkara itu dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mahu rasuah diperangi secara besar-besaran.<\/p>\n<p>Namun, beliau mempersoalkan keberkesanan usaha tersebut jika masih wujud layanan istimewa terhadap golongan elit.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak kata ini kesilapan, tapi something wrong. Dalam satu segi kita nak perang habis-habisan, dalam satu segi kita lepaskan dengan \u2018diskaun\u2019,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh isu DNAA dan NFA yang sering melibatkan pemimpin besar negara, sama ada yang masih berkuasa atau sudah tidak memegang jawatan.<\/p>\n<p>Situasi itu, menurutnya, memberi tekanan kepada pegawai SPRM yang bekerja keras menyiasat kes-kes rasuah.<\/p>\n<p>\u201cSaya simpati kepada pegawai SPRM yang gigih menyiasat, tapi hasil akhirnya kadang-kadang mengecewakan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim membangkitkan persoalan serius mengenai ketelusan siasatan kes rasuah apabila mendakwa wujud persepsi dalam kalangan rakyat bahawa tidak semua kes diberi layanan sama oleh pihak berkuasa. Beliau berkata, walaupun kerajaan sering menegaskan komitmen untuk memerangi rasuah, realitinya di mata awam menunjukkan ada kes yang disiasat dan didakwa dengan pantas, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6871,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2966,947,2965,1821,24,21],"authors":[],"class_list":["post-6870","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bahas","tag-dewan-rakyat","tag-hasan-abdul-karim","tag-pasir-gudang","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6870","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6870"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6870\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6872,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6870\/revisions\/6872"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6871"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6870"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6870"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6870"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6870"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}