{"id":6876,"date":"2026-01-21T07:54:23","date_gmt":"2026-01-21T07:54:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6876"},"modified":"2026-01-21T07:54:23","modified_gmt":"2026-01-21T07:54:23","slug":"pencalonan-unesco-kg-baru-cina-kor-ming-beri-penjelasan-kpkt-tak-terlibat-secara-langsung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pencalonan-unesco-kg-baru-cina-kor-ming-beri-penjelasan-kpkt-tak-terlibat-secara-langsung\/","title":{"rendered":"Pencalonan UNESCO Kg Baru Cina, Kor Ming beri penjelasan KPKT tak terlibat secara langsung"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjelaskan tidak terlibat secara langsung dalam pencalonan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan dunia UNESCO, sebaliknya usaha tersebut digerakkan oleh badan profesional bebas.<\/p>\n<p>Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pencalonan berkenaan dipelopori oleh International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) Malaysia, sebuah organisasi yang terlibat dalam pemeliharaan dan perlindungan warisan budaya negara.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan menyokong sepenuhnya usaha ini selagi ia dibuat secara inklusif dan melibatkan semua jenis kampung, sama ada Kampung Melayu, Kampung Cina atau Kampung India,\u201d katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Beliau berkata sebarang pengiktirafan UNESCO bukan sahaja membawa nilai simbolik, malah memberi manfaat besar kepada negara.<\/p>\n<p>\u201cKalau mana-mana kampung di Malaysia diiktiraf di peringkat dunia, itu adalah kebanggaan untuk semua rakyat, bukan satu kaum sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu pencalonan Kampung Baru Cina menjadi perhatian selepas ia disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, sekali gus mencetuskan persoalan tentang peranan kerajaan dan implikasinya terhadap perpaduan nasional.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Kor Ming berkata pengiktirafan antarabangsa terhadap warisan tempatan berpotensi meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi setempat, lebih-lebih lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.<\/p>\n<p>Dalam konteks itu, KPKT bersedia memainkan peranan sebagai penghubung antara pertubuhan profesional dan pemimpin tempatan yang berkaitan.<\/p>\n<p>Selain isu warisan, beliau turut menekankan komitmen kementerian dalam menjaga kebajikan rakyat berbilang kaum melalui pelbagai peruntukan pembangunan.<\/p>\n<p>Antaranya, RM15 juta telah disediakan untuk pembangunan perkampungan kaum India bermula tahun lalu.<\/p>\n<p>Melalui Belanjawan Madani keempat, KPKT memperuntukkan sebanyak RM87 juta bagi menaik taraf kemudahan asas dan sosial di Kampung Baru Cina serta perkampungan India di seluruh negara.<\/p>\n<p>Menurutnya lagi, antara inisiatif berimpak tinggi yang dilaksanakan ialah Pertandingan Kampung Good yang bertujuan mengenal pasti produk kampung berpotensi untuk dikomersialkan.<\/p>\n<p>\u201cIni bukti kerajaan serius beri perhatian sama rata kepada semua komuniti dan merapatkan jurang sosioekonomi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, pendekatan inklusif seperti ini penting untuk memastikan pembangunan negara terus bergerak ke depan tanpa meninggalkan sesiapa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjelaskan tidak terlibat secara langsung dalam pencalonan Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan dunia UNESCO, sebaliknya usaha tersebut digerakkan oleh badan profesional bebas. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pencalonan berkenaan dipelopori oleh International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) Malaysia, sebuah organisasi yang terlibat dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3451,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[63,2970,207,204,2968,2969],"authors":[],"class_list":["post-6876","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dap","tag-kg-baru-cina","tag-kpkt","tag-nga-kor-ming","tag-pencalonan","tag-unesco"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6876","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6876"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6876\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6877,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6876\/revisions\/6877"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3451"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6876"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6876"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6876"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6876"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}