{"id":6878,"date":"2026-01-21T07:59:37","date_gmt":"2026-01-21T07:59:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6878"},"modified":"2026-01-21T07:59:37","modified_gmt":"2026-01-21T07:59:37","slug":"skandal-rasuah-tak-calarkan-integriti-atm-hanya-kerana-segelintir-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/skandal-rasuah-tak-calarkan-integriti-atm-hanya-kerana-segelintir-pmx\/","title":{"rendered":"Skandal rasuah tak calarkan integriti ATM hanya kerana segelintir: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan integriti dan semangat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak sepatutnya tercalar hanya kerana isu pecah amanah yang didakwa melibatkan segelintir individu dalam pasukan itu.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, ATM kekal sebagai benteng utama kedaulatan negara dan keamanan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil pengorbanan berterusan anggota keselamatan.<\/p>\n<p>Justeru, sebarang siasatan terhadap salah laku individu tidak wajar dijadikan alasan untuk memandang serong keseluruhan institusi ketenteraan.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu isu melibatkan segelintir pihak, walaupun masih dalam siasatan dan menunggu keputusan mahkamah, menyebabkan tercorengnya maruah pegawai serta anggota tentera yang berkhidmat dengan baik,\u201d katanya semasa Majlis Pelancaran Dasar Industri Pertahanan Negara hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut menggesa anggota ATM agar terus berpegang pada prinsip dan disiplin tinggi demi kepentingan negara.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau juga menyifatkan faktor utama keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia adalah hasil komitmen pasukan keselamatan negara itu dalam memastikan kestabilan dan keselamatan negara terjamin.<\/p>\n<p>\u201cPerdagangan Malaysia mencecah RM3 trilion pada 2025. Pelabur luar yakin datang kerana negara ini stabil. Keamanan ini bukan datang sendiri, ia hasil usaha anggota keselamatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menyorot peranan pelbagai kor ATM, termasuk Kor Kejuruteraan, yang disifatkan sebagai bukti keupayaan sebenar pasukan keselamatan negara.<\/p>\n<p>\u201cMereka mampu membina dan membaiki rumah serta sekolah dengan cekap. Ini menunjukkan kita ada kekuatan dalaman yang besar, bukan semuanya berita buruk,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menambah, kerajaan kekal komited memastikan kebajikan anggota ATM terus terpelihara memandangkan tanggungjawab mereka jauh lebih berat berbanding penjawat awam lain.<\/p>\n<p>\u201cAda yang berjauhan dengan keluarga berminggu-minggu, malah berbulan-bulan, demi negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Tentera Darat Malaysia kini menjadi tumpuan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan dakwaan rasuah dalam proses perolehan, yang dipercayai melibatkan beberapa bekas dan pegawai kanan ATM.<\/p>\n<p>Kes berkenaan masih di peringkat siasatan dan belum diputuskan oleh mahkamah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan integriti dan semangat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak sepatutnya tercalar hanya kerana isu pecah amanah yang didakwa melibatkan segelintir individu dalam pasukan itu. Menurut Perdana Menteri, ATM kekal sebagai benteng utama kedaulatan negara dan keamanan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil pengorbanan berterusan anggota keselamatan. Justeru, sebarang siasatan terhadap salah laku [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,694,1482,18,24,230,718],"authors":[],"class_list":["post-6878","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-atm","tag-perolehan","tag-pmx","tag-rasuah","tag-skandal","tag-tentera"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6878","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6878"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6878\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6879,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6878\/revisions\/6879"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6878"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6878"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6878"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6878"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}