{"id":688,"date":"2025-06-10T06:50:13","date_gmt":"2025-06-10T06:50:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=688"},"modified":"2025-06-10T06:50:13","modified_gmt":"2025-06-10T06:50:13","slug":"kes-saman-yusoff-terhadap-pmx-mahkamah-benarkan-penangguhan-sementara-prosiding","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-saman-yusoff-terhadap-pmx-mahkamah-benarkan-penangguhan-sementara-prosiding\/","title":{"rendered":"Kes saman Yusoff terhadap PMX: Mahkamah benarkan penangguhan sementara prosiding"},"content":{"rendered":"<p>Semua prosiding berkaitan saman sivil difailkan oleh Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan ditangguhkan sementara.<\/p>\n<p>Penangguhan itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengeluarkan perintah ad-interim sehingga keputusan dibuat berkenaan permohonan penangguhan penuh oleh Anwar.<\/p>\n<p>Perbicaraan bagi permohonan penangguhan penuh itu ditetapkan pada 21 Julai.<\/p>\n<p>Hakim Supang Lian, yang mengetuai panel, berkata keputusan itu dibuat sebulat suara.<\/p>\n<p>&#8220;Setelah mendengar hujahan peguam perayu dan responden, kami berpendapat bahawa bawah Seksyen 44 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, kami mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah ad-interim bagi mengekalkan integriti permohonan penangguhan oleh perayu, sementara menunggu pelupusan permohonan penangguhan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Oleh itu, kami dengan ini mengeluarkan perintah ad-interim untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi, sehingga pelupusan permohonan penangguhan oleh perayu,&#8221; katanya ketika menyampaikan keputusan.<\/p>\n<p>Keputusan ini bermakna semua prosiding berkaitan saman sivil, termasuk perbicaraan penuh yang dijadualkan bermula Isnin ini, akan ditangguhkan sehingga permohonan Anwar diputuskan di mahkamah.<\/p>\n<p>Dilaporkan bahawa perdana menteri memfailkan dua permohonan berasingan untuk menghentikan sementara saman Yusoff kerana dia sedang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.<\/p>\n<p>Dalam keputusan itu, Hakim Ros Mawar Rozain menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan saman tersebut dan merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, mahkamah mendengar hujahan daripada peguam Alan Wong Teck Wei dan Rafique Rashid Ali, yang mewakili Anwar dan Yusoff.<\/p>\n<p>Wong berhujah bahawa rayuan Anwar akan menjadi &#8220;sia-sia&#8221; jika saman itu diteruskan ke perbicaraan sebelum rayuan selesai, dan ini boleh menyebabkan mudarat tidak boleh dipulihkan (irreversible harm) kepada perdana menteri.<\/p>\n<p>Dia merujuk kepada tuntutan Yusoff dalam saman itu, yang menurut Wong hanyalah untuk ganti rugi kewangan, dan berhujah bahawa tiada mudarat kepada Yusoff jika kes itu ditangguhkan ke tarikh lain.<\/p>\n<p>&#8220;Saya ingin mengemukakan bahawa tiada mudarat tidak boleh pulih kepada responden (Yusoff) jika perbicaraan ditangguhkan.&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Namun bagi perayu (Anwar) dan jawatan awam yang dipegangnya, yang tidak boleh dipisahkan, akibatnya akan menjadi nyata, tidak boleh pulih, dan signifikan dari segi perlembagaan,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua prosiding berkaitan saman sivil difailkan oleh Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan ditangguhkan sementara. Penangguhan itu susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengeluarkan perintah ad-interim sehingga keputusan dibuat berkenaan permohonan penangguhan penuh oleh Anwar. Perbicaraan bagi permohonan penangguhan penuh itu ditetapkan pada 21 Julai. Hakim Supang Lian, yang mengetuai panel, berkata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":406,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,314,58,485,290,317],"authors":[],"class_list":["post-688","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-kes","tag-mahkamah","tag-penangguhan","tag-saman","tag-yusoff-rawther"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/688","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=688"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/688\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":689,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/688\/revisions\/689"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/406"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=688"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=688"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=688"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=688"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}