{"id":6894,"date":"2026-01-22T03:09:37","date_gmt":"2026-01-22T03:09:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6894"},"modified":"2026-01-22T03:09:50","modified_gmt":"2026-01-22T03:09:50","slug":"pas-ragui-cadangan-kolaborasi-agung-dibawa-umno-enggan-menyokong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-ragui-cadangan-kolaborasi-agung-dibawa-umno-enggan-menyokong\/","title":{"rendered":"PAS ragui cadangan \u2018kolaborasi agung\u2019 dibawa UMNO, enggan menyokong"},"content":{"rendered":"<p>PAS berpandangan cadangan pembentukan \u201cKolaborasi Agung\u201d sukar menjadi kenyataan dan dilihat lebih kepada usaha untuk mempertahankan kedudukan Pakatan Harapan (PH), bukannya penyatuan Melayu yang tulen.<\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, walaupun idea penyatuan Melayu sering diketengahkan sebagai sesuatu yang baik, syarat yang diletakkan dalam cadangan itu, termasuk tidak menjejaskan Kerajaan Perpaduan serta penglibatan DAP, menjadi halangan besar kepada PAS untuk memberi sokongan.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya hanya penyatuan Melayu mampu selamatkan keadaan. Tapi kalau masih terikat dengan keputusan tak mahu jejaskan kerajaan perpaduan, tak ada makna langsung,\u201d katanya ketika ditemui di Parlimen.<\/p>\n<p>Menurut Idris, cadangan itu secara tidak langsung mengharapkan PAS dan Perikatan Nasional (PN) menyertai gabungan besar yang akhirnya menguntungkan PH.<\/p>\n<p>\u201cSudah tentu mereka mahu kami masuk supaya secara automatik menyokong PH. Itu jadi batu loncatan untuk mereka. Kami bukan bodoh,\u201d katanya tegas.<\/p>\n<p>Isu penyatuan Melayu kembali menjadi perbincangan hangat susulan landskap politik yang tidak stabil sejak beberapa pilihan raya lalu, termasuk pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).<\/p>\n<p>Pelbagai pihak melihat idea \u2018payung besar\u2019 atau \u2018rumah besar\u2019 Melayu sebagai jalan keluar menjelang PRU-16, namun pendekatan dan syarat yang berbeza menimbulkan perbezaan pandangan.<\/p>\n<p>Idris menegaskan PAS kekal konsisten dengan agenda penyatuan Melayu, namun meletakkan garis merah yang jelas terhadap kerjasama dengan DAP.<\/p>\n<p>\u201cNak panggil payung besar ke rumah besar, kita mesti bergerak tanpa DAP. Itu prinsip kami. Pengalaman lalu sudah cukup mengajar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menolak dakwaan PAS hanya mengejar kuasa, sambil mengingatkan bahawa parti itu pernah berpeluang menjadi kerajaan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cKalau kami nak kuasa semata-mata, PRU-14 lagi kami dah jadi kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Idris mempersoalkan keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan atas alasan kestabilan.<\/p>\n<p>\u201cKalau betul nak stabil, kenapa tak bersama kami sebelum ini? Dengan PN, ditambah sokongan Sabah dan Sarawak, kerajaan boleh dibentuk,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS berpandangan cadangan pembentukan \u201cKolaborasi Agung\u201d sukar menjadi kenyataan dan dilihat lebih kepada usaha untuk mempertahankan kedudukan Pakatan Harapan (PH), bukannya penyatuan Melayu yang tulen. Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, walaupun idea penyatuan Melayu sering diketengahkan sebagai sesuatu yang baik, syarat yang diletakkan dalam cadangan itu, termasuk tidak menjejaskan Kerajaan Perpaduan serta penglibatan DAP, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6426,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,63,1758,2943,126,1618,146],"authors":[],"class_list":["post-6894","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-dap","tag-idris-ahmad","tag-kolaborasi-agung","tag-pas","tag-perpaduan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6894","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6894"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6894\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6896,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6894\/revisions\/6896"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6426"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6894"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6894"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6894"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6894"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}