{"id":6916,"date":"2026-01-23T03:36:11","date_gmt":"2026-01-23T03:36:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6916"},"modified":"2026-01-23T03:36:11","modified_gmt":"2026-01-23T03:36:11","slug":"laporan-pas-gagal-kemuka-calon-baharu-pengerusi-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/laporan-pas-gagal-kemuka-calon-baharu-pengerusi-pn\/","title":{"rendered":"Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?"},"content":{"rendered":"<p>Kegagalan PAS menamakan calon bagi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menguatkan jangkaan Muhyiddin Yassin akan terus kekal mengetuai gabungan itu, meskipun sebelum ini wujud desakan supaya kepimpinan PN beralih tangan.<\/p>\n<p>Portal SuaraTV melaporkan sumber dalaman PAS mendedahkan kelewatan parti itu mengemukakan calon sendiri telah meletakkan mereka dalam keadaan serba salah, sekali gus membuka ruang kepada Bersatu untuk terus memegang jawatan tertinggi dalam PN.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini PAS bersungguh-sungguh mahu mengetuai PN dan Muhyiddin sudah pun meletakkan jawatan.<\/p>\n<p>\u201cTetapi apabila peluang itu ada, PAS pula tidak bertindak pantas,\u201d kata sumber itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, situasi itu mencetuskan naratif bahawa PAS ketandusan tokoh yang benar-benar bersedia untuk memimpin gabungan besar seperti PN.<\/p>\n<p>\u201cAkhirnya, orang akan jangka Muhyiddin juga yang kekal. Ini sangat mengecewakan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Isu ini menjadi semakin rumit apabila beberapa parti komponen PN dilihat lebih cenderung kepada kepimpinan daripada Bersatu.<\/p>\n<p>Jika MIC menyertai PN, sokongan terhadap calon daripada PAS dijangka menjadi lebih tipis.<\/p>\n<p>\u201cMajoriti parti komponen mahukan kesinambungan. Jika kita tidak tegas dan bijak, Bersatu akan terus mendahului,\u201d ujar sumber itu.<\/p>\n<p>Sebelum ini, beberapa nama daripada PAS disebut-sebut sebagai calon berpotensi, namun tiada pengesahan rasmi dibuat.<\/p>\n<p>Minggu lalu, kepimpinan tertinggi PAS mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin, yang dipercayai bertujuan memuktamadkan isu pelantikan pengerusi, sekali gus mengundang persoalan sama ada perubahan kepimpinan benar-benar akan berlaku.<\/p>\n<p>Sumber PAS turut berpandangan parti itu perlu membuat keputusan jelas, sama ada memimpin PN atau bergerak solo.<\/p>\n<p>\u201cKalau terus bertelagah, lebih baik fokus sendiri. Lepas PRU16, barulah runding semula,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muhyiddin dijadual mengadakan pertemuan dengan Hashim Jasin di Perlis hari ini, dengan perbincangan dipercayai menyentuh soal kepimpinan PN dan perkembangan politik semasa negeri itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kegagalan PAS menamakan calon bagi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menguatkan jangkaan Muhyiddin Yassin akan terus kekal mengetuai gabungan itu, meskipun sebelum ini wujud desakan supaya kepimpinan PN beralih tangan. Portal SuaraTV melaporkan sumber dalaman PAS mendedahkan kelewatan parti itu mengemukakan calon sendiri telah meletakkan mereka dalam keadaan serba salah, sekali gus membuka ruang kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3358,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,136,71,126,2820],"authors":[],"class_list":["post-6916","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-calon","tag-muhyiddin","tag-pas","tag-pengerusi-pn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6916","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6916"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6916\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6917,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6916\/revisions\/6917"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3358"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6916"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6916"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6916"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6916"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}