{"id":6921,"date":"2026-01-23T03:51:11","date_gmt":"2026-01-23T03:51:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=6921"},"modified":"2026-01-23T03:51:11","modified_gmt":"2026-01-23T03:51:11","slug":"ringgit-cecah-paras-tertinggi-untuk-tempoh-lima-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ringgit-cecah-paras-tertinggi-untuk-tempoh-lima-tahun\/","title":{"rendered":"Ringgit cecah paras tertinggi untuk tempoh lima tahun"},"content":{"rendered":"<p>Ringgit mencatat lonjakan ketara pada awal dagangan Jumaat apabila menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.<\/p>\n<p>Pada sekitar jam 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0285\/0440 berbanding dolar AS, berbanding paras penutup 4.0370\/0415 pada Khamis.<\/p>\n<p>Paras ini hampir menyamai rekod terakhir pada Januari 2021, ketika ringgit diniagakan sekitar 4.02 sedolar.<\/p>\n<p>Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) itu memberi isyarat jelas mengenai kestabilan dasar monetari negara, sekali gus meningkatkan keyakinan pasaran terhadap ringgit.<\/p>\n<p>\u201cKekalkan OPR menunjukkan BNM yakin dengan keadaan ekonomi semasa, dan ini menyokong prestasi ringgit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menambah sentimen pasaran global turut bertambah baik selepas Presiden AS, Donald Trump, dilihat meredakan pendirian agresifnya terhadap isu Greenland, sekali gus mengurangkan ketegangan geopolitik yang sebelum ini menekan pasaran kewangan.<\/p>\n<p>Dari sudut data ekonomi AS, inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) meningkat kepada 2.8 peratus pada Disember, selari dengan jangkaan pasaran.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mengukuhkan andaian bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan kadar faedahnya dalam mesyuarat akan datang.<\/p>\n<p>\u201cDalam masa sama, Indeks Dolar AS susut hampir setengah peratus, manakala harga emas terus mencatat paras tertinggi baharu. Keadaan ini membuka ruang untuk ringgit terus mengukuh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ringgit sebelum ini berada di bawah tekanan akibat pengukuhan dolar AS dan ketidaktentuan global, namun trend terkini menunjukkan pemulihan yang lebih konsisten, disokong faktor domestik dan luaran.<\/p>\n<p>Dalam dagangan awal, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama, mengukuh berbanding yen Jepun tetapi susut berbanding pound Britain dan euro.<\/p>\n<p>Prestasi yang hampir sama turut dilihat berbanding mata wang serantau, dengan ringgit mengukuh berbanding peso Filipina, namun melemah sedikit berbanding dolar Singapura dan baht Thailand.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringgit mencatat lonjakan ketara pada awal dagangan Jumaat apabila menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus. Pada sekitar jam 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0285\/0440 berbanding dolar AS, berbanding paras penutup 4.0370\/0415 pada Khamis. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[462,68,393,394],"authors":[],"class_list":["post-6921","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dolar","tag-ekonomi","tag-mata-wang","tag-ringgit"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6921","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=6921"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6921\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6922,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/6921\/revisions\/6922"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=6921"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=6921"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=6921"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=6921"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}